Serba Ringkas Tapi Mengenyangkan – Sambutan hari lahir Sal tahun ni penuh dengan kesederhanaan . Salah satu sebab bukan tak nak celebrate kat luar tapi K.E.M.A.L.A.S.A.N melanda . So malam 15 Okt tu Mr Hubby drop by kat SecretRecipe dan beli Brownies Walnut. Tapi idak le beli yang berkilo just beberapa slices je . Kang banyak tak abis pulak ..
Serba Ringkas Tapi Mengenyangkan
Serba Ringkas Tapi Mengenyangkan

Dari segi rasa ,  memang tak leh nak pertikaikanla kalau dah beli kat SC ni . Menjilat ibu jari tangan wehhh .. yang pernah rasa mesti tau dah kan .

Kali ni my lil Khalish yang tersangatlah behave bila dapat makan kek . Sekarang dah semakin susah nak disua sebab nak makan sendiri . Sal layankan je , biar penat sikit asalkan Khalish tak mengaruk sudah . Letih dibuatnya kalau dah mula protes .