Alhamdulillah….’Jumaat’…Penghulu segala hari
tapi pagi tadi agak kelam kabut sebab nak susun 3 hero sekaligus…
Mr Hubby last minit kena gi KK-Sandakan…
Alhamdulillah….syukur..dipermudahkan segalaNYA ..
Harini nak kongsi sedikit info bagi pengisian minda …
mudahan kita semua dapat manfaat bersama….
………………………………………..
Kita mintaklah perkara yang besar dan utama kepada Allah Yang Maha Pemurah. Apakah yang besar dan utama pada seorang Islam:
  • Mohon Keampunan 
  • Mohon taufik dan hidayah
  • Mohon keredhaan dari Allah
  • Mohon masuk syurga tanpa hisab
Allah dengan kasih sayangNya sudah membuka sebesar-besar peluang untuk mengabulkan doa kita. Dan doa-doa yang selalunya dimaklbulkan Allah ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti:
  • Otrang yang terdesak
  • Orang yang dizalimi
  • Anak yang diredhai oleh ibu bapanya
  • Orang yang suka bertaubat
  • Pemimpin yang adil
  • Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnya sebelum waktu berbuka
  • Orang yang bermusafir
Bila kita berdoa..adakalanya kita menitiskan airmata tanpa disedari…
hal ini bukanlah dibuat-buat…
Apabila lidah sudah terdorong untuk berdoa, maka maknaya sudah ada tanda-tabda Allah mahu memberi kita sesuatu. Janganlah lepaskan peluang ini.
Teruskan berdoa dan terus berdoa…
In shaa Allah..

Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki