| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 
Selalu tengok yang jual kat gerai luar cam best je .. tapi bila tengok minyak yang digunakan ermmm .. fikir banyak kali Sal nak beli . Bukan apa , part minyak tu ha . Ntah bape kali digunakan untuk goreng . Fikir banyak kali wehhh . Dan bila tiba bulan puasa ni kan Sal mula la terfikir cara nak buat . Nampak macam susah tapi tengok bahan cam senang je resepi cakoi mudah simple rangup . Tu diaaaa …….
Resepi Cakoi Mudah Simple Rangup
rupa agak kurang …tapi rasa…not bad…hehehe
Bahan-bahan sangat simple..
(15-20 ketul)
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
 1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
Cara – cara:
Time to uli menguli….
1 – Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2 -Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3- Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.
Then bolehla goreng , minyak bagi panas sikit yea . Tapi untuk cakoi kali ni Sal tak reti sangat nak tarik macam cakoi yang biasa dijual . Penyudahnya buat bulat bulat je .
Lupa lak nak snap tepung yang belum digoreng . Apepun Sal tetap happy sangat sebab anak-anak suka .
Thanx to rakan blogger : AKUBUKANMASTERCHEF