| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Teruja gak nak buat donut di bulan puasa ni tapi 1st trial Sal  buat bulat-bulat je . Mulanya masa proses menguli cuak la jugak , takut dari segi rasa tak menjadi dan dalam hati tak henti berdoa agar dipermudahkan dan harap sangat menjadinya . Biarpun dari segi rupa mungkin nampak kurang , tapi rasa ok . Korang,  jomla try resepi donut simple , lembut dan gebu hasil dari carian Sal  masa blogwalking ..

So dengan bantuan Mr Google .. Sal pun jengah kat Dapur MamaSyaTeruja sangat bila masuk dapur MamaSya . Macam-macam resepi ade oii , pilih je dan antara rajin dengan tak je nak buat .. hehehe 

Jom Try Resepi Donut Simple , Lembut dan Gebu


Sal tertarik tengok donut MamaSya , bahan pun simple .. takmo la fikir panjang . Tak caye meh tengok senarai:

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu mentega besar
6sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3sudu besar susu pekat manis
1 paket yis@mauripan
1 biji telur

Cara Membuat:

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam. Kacausupaya gula larut, masukkan yis, kacau lagi dan biarkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan mentegayang dicampur telur tadi. Kacau.
Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu, biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik).
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai, tekan acuan donut yang telah dicelup sedikit tepung. (untuk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana.Alih selalu agar warna sekata, setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
Tabur gula caster@hias dengan coklat cair dan tabur dengan coklat rice. Cairkan mentega dan ketepikan.

Resepi Donut Simple Lembut dan Gebu
terpanas la pulak minyak …

Seronok bila try , pastu jadi . Syukur Alhamdulillah !!  korang jom la try jugak ..

BACA JUGA: Resepi Donut Tanpa Telur