| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 
Jom try buat kuih kaswi .. Mr Hubby request nak makan so Sal pun apa lagi dok mintak bantuan talian hayat gak la Mr Google kan ada . Zaman sekarang hanya di hujung jari dan Sal tertarik nak try resepi mudah kuih kaswi asli sedap sukatan cawan di Laman Sutera.
Terima kasih sangat pada Sis Rozita Mahmud sebab sudi sharing resepi asli kuih kaswi . Tengok macam mudah dan bahan pun tidakla terlalu memeningkan .
Meh kita tengok senarai bahan yang diperlukan ..
Bahan – bahan :
(A)
Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
Tepung jagung/sagu ~ setengah cawan
Gula merah ~ 2 cawan
Garam halus ~ suku sudu kecil
Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ suku sudu kecil
(B)
Garam halus ~ Secukupnya
Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa
Cara – cara :
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.
cuma dalam resepi asal tak letak kicap….me letak gak kicap setitis dia titis sebab mak suh letak…
hehehehe….i follow je la…
Baru keluar dari kukusan
siap….percubaan berjaya…
Tips Resepi Mudah Kuih Kaswi Asli Sedap 
Ø Kukus selama 30-45 minit kalau guna loyang 7 inci
Ø Kurangkan sedikit sukatan gula merah untuk kurangkan manis
Ø Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (sehingga gula cair) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam bahan lain
Ø Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang digunakan.