Jom Lunaskan Hutang – Sape suka hutangkan dan bila teringat hutang seriously Sal akan teringat dengan PTPTN . Bersungguh Sal langsaikan dan Alhamdulillah ,  kini tinggal kenangan dalam diri saya . Syukur Ya Allah .. dipermudahkan .

Jom Lunaskan Hutang .. Perlu Sangat Ke ?

Bila hutang kita dah langsai mesti rasa lega kan . Selagi belum habis selagi tu la asyik dok mikir je .. Sal memang jenis ambik berat sikit part hutang piutang ni . Rasa tekanan dan bebanan selagi tak bayar . Ada rezeki lebih mesti nak bayar .. takmo la bertangguh .

Baru ni Sal ada terbaca 7 strategi supaya kita tak dibelenggu dengan hutang piutang . Kena ada jugak ilmu untuk kita tahu cara macam mana nak langsaikan hutang . Seandainya dok saja memang kita tak akan ke mana . Jika ada kesungguhan , pasti ada caranya . Jangan berdiam diri sebab tak ke mana pun bila kita buat gitu . Sebaliknya hanya akan mendatangkan kemudaratan.

7 Strategi – Jom Lunaskan Hutang

1. Jangan buat hutang
2. Langsaikan hutang yang interestnyer tinggi
3. Buka dana ‘full-setlement’ hutang
4. Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus untuk langsaikan hutang
5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam ‘full-settlement’ hutang
6. Bila satu hutang dah selesai…simpan ansuran bulanan seterusnya dalam dana’full-setlement’ hutang
7. Bayar hutang secara otamatik

So.. pucuk pangkal hati . Kalau tak nak tepuk dada , sila tepuk kepala sendiri . Hehehe . Sal tahu mesti ramai yang bergelut dengan hutang kan ? Jadinya korang try dulu strategi yang Sal dah share . Jangan setakat baca macam angin lalu , tapi praktikkan Insha Allah .

BACA JUGA: Berfikir Sebelum Berbelanja

Mungkin masa nak mula je rasa macam berat sikit tapi percayala korang .. bila dah terbiasa korang akan rasa lain dan hidup sentiasa dalam ketenangan . Bila hutang keliling pinggang sebenarnya kita tido pun dalam keresahan . Jangan risau .. walaupun amount yang kita bayar tu sikit .. semakin lama hutang korang akan menyusut jugak akhirnya .

Janji korang tanamkan azam nak bayar .. jangan buat ‘dek’ je . Memang mendapat la bebanan tu

SUMBER: Mudahnya Menjemput Rezeki