Minyak Zaitun dan ChickenPox – Minggu keja yang penuh dengan dugaan . Subhanallah .  Anak genius ibu kena Demam ChickenPox @CP . Lepas abang kena , adik pulak . Tapi pada Sal better kena masa kecik sebab mudah sikit nak jaga .

Minyak Zaitun dan ChickenPox

Ibu terima dengan penuh keredaan sebab setiap hambaNYA pasti diuji . Syukur sebab before this Along Khalish & Angah Khaleef dah kena CP . Cuma kalini pendekatan ibu berbeza sikit untuk proses penyembuhan .

Sal try and error , once kita tak cuba kita tak kan tahu sejauh mana keberkesanan dan bila berkesan kita boleh share dengan kengkawan kan . Sharing is caring  !

Minyak Zaitun dan ChickenPox
moga cepat sembuh sayang Khalaf !

Teman rasmi ibu kali ni adalah Dalan D’olive intensive cream dan Pinetarsol , macam biasa . Mandian pinetarsol memang berkesan untuk hilangkan kegatalan dan nak elakkan  Khalaf dari menggaru . Pinetarsol ada dijual di farmasi . Harga pun tak mahal sangat dan sangat berbaloi . Sal try pinetarsol pun lepas baca review , kalau tak kalut jugak .

Dalan D’olive Intensive Cream – Minyak Zaitun dan ChickenPox

Timbul idea nak try Dalan D’olive intensive cream sebab utama Khalaf kecik lagi so bila gunacream lain bagai takut kandungan krim memudaratkan bila Khalaf masukkan tangan dalam mulut. Sal kadang tak perasan apa yang Khalaf buat sebab dok ralit buat keja .

Sal memang ada stok Dalan D’olive intensive cream kat rumah kebetulan Sal memang pakai kat tangan yang sering mengalami kekeringan . Tu yang timbul keberanian untuk sapu pada Khalaf . Syukur serasi dan mulanya Sal test dulu pada kaki . Risau jugak kot tambah mudarat ke bila sapu . Tapi bila fikir balik Dalan D’olive intensive cream ni dibuat dari minyak zaitun , should be ok .

Minyak Zaitun dan ChickenPox
Minyak Zaitun dan ChickenPox

Dan Alhamdulillah , masuk hari ke-5 dah kering semuanya . Syukur dengan izinNYA ! Pada korang yang anak kena jangkitan chicken pox boleh la try consume minyak zaitun untuk proses penyembuhan . Kita cuba rawat secepat mungkin ya !

BACA JUGA: Merawat Chicken Pox