Gigih men’cookies balik keja smalam…
sebab utama…biskut untuk cemilan anak-anak dah habis…
so memang tak sempat nak gi beli…
penyudahnya petang semalam dok fikir…apela nak buat…
Tetiba teringat kat Abg MatGebu@TiffinBiru a.k.a Dapur Tanpa Sempadan…
selalu jengah kat Tiffinbiru sebab banyak sangat resepi…
yang simple mimple pun hado…
rajin dengan tak jerk….tapi hakikatnya…saya memang suka try resepi yang simple..
asalkan bahan mudah dicari dan beli…
Dan sejak anak-anak dah pandai makan ni…saya dah mula terfikir..
kena standby stok bahan-bahan kering kat rumah… mudah nak uli dan bakar..
boleh dikatakan jimatla jugak…at the same time..saya learn something..
perempuan kan…setinggi manapun terbang…tak boleh dipisahkan dengan dapur
Malam tadi siap bisik kat mak…
berhajatla jugak nak beli oven yang besar sikit..hehehe…
berangan je dulu…tak tau la bila yang dapat beli….  
Buat kuih ni pada saya kena dengan penuh kasih sayang…baru menjadi…
dan saya kalau tak jadi…tak pernah nak berputus asa…
mencari ilmu selagi terdaya..Inshaa Allah..
tiap usaha itu…akan ada hasilnya…
Siap!
rupa choc chip cookies saya baru keluar oven…
Resepi saya copy dari DTS…simple dan mudah sangat:
BAHAN-BAHANNYA 🙂

250 gram mentega (mat guna jenama Anchor)

150 gram gula perang @ soft brown sugar

3 kuning telur

1/2 camca teh esen vanilla

1 camca teh mocha oil (boleh beli dikedai baking)*

120 gram coklat chip

100 gram gajus, panggang dan cincang kasar

50 gram badam, panggang dan cincang kasar

1/2 cawan kelapa kering *

1/2 camca teh baking powder*

350 gram tepung gandum*

15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)

Secubit garam halus
(*saya tak letak sebab takde)

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha oil. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata. 
  2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 – 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
 Baru terperasan ada tanda senyuman di blog DTS ..
Senyum itu sedekah….

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari