Smalam balik keje mem’baking lagi…
tapi tetap pilih menu simple..
Cream Creaker Cheese Kacang…
sebab apa kacang…sebabtabur kacang kat tiap lapisan…
saje je buat…
letak dalam bekas tupperware…senang nak makan depan tv..
Meh tengok resepi..
  
BAHAN-BAHAN:
250g cream cheese
2 sudu besar susu full cream
1/4 susu pekat
kacang (ikut citarasa)
biskut cracker@biskut lemak biasa
biskut oreo (pilihan..nak letak pun boleh)
CARANYA:
1. Putar cream cheese sampai kembang..masukkan susu full cream…
putar sikit sampai sebati..masukkan pulak susu pekat…putar lagi sampai sebati jugak..
2. Ambil biskut cracker tadi…celup sikit dalam susu full cream..
Susun dalam bekas loyang@tupperware..tuangkan cream cheese yang diputar tadi di atas
 susunan biskut cracker yang disusun..taburkan kacang..biskut oreo..buat selang seli…
berapa lapisan nak…terpulang kepada citarasa dan kreativiti sendiri..dah siap masukkan dalam freezer..tunggu dalam 3 jam…
Selamat Mencuba!

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari