| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila weekend , Sal akan cuba habiskan masa bersama family tersayang  . Maklum la hari biasa dah pulun kerja jadinya bila ada masa terluang , nak jugak gelak ketawa bersama anak anak .
Terapi stress sebenarnya ketawa ni . Korang pun tahu kan ! Dan yang paling best masa yang terluang ni la Sal nak asah skill masuk dapur dengan mencuba resepi cornflakes madu simple

Serious Senang Sangat Resepi Cornflakes Madu Simple

Seronok tak terkata bila dapat masuk dapur , orang pompuan kan . Tetiba terlintas di fikiran kalau ada dapur di opis kan best . kihkihkih .. berangan takpe . Bila stress je , Sal akan mengular kat situ . Bikin cekodok dengan air kopi .. wallaaa ! Maka akan bertambahla sayang staf dengan ‘singa’ ni .. huhuhu
Ok kita lupakan pasal anganan Sal . Kite terus intai macam mana nak buat cornflakes mudah . Bahan pun senang je . Korang toksah nak pening sangat  sebab bahan pun dalam 5 -6 jenis . Mehla kita tengok bahan yang diperlukan .

Tak Cuba Tak Tahu Betapa Senangnya Resepi Cornflakes Madu Simple

Bahan – bahan:
  Sekotak Cornflakes (saya guna kotak yang kecil sedikit)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
1 sudu kecil vanilla
chocolate rice untuk hiasan
paper cup secukupnya

Cara – cara :

  1. Cairkan mentega dalam kuali…hehe…guna kuali senang sebab mengambil kira faktor mudah dan ruang yang besar nak mengacau…. guna apil yang kecil masa cairkan mentega…kemudian masukkan gula….kacau sebati….Kemudian masukkan conflakes…ramas sikit..masukkan madu dan vanilla…kacau sampai conflakes disaluti dengan sempurna. ..jangan sampai hancur ya cornflakes…padamkan api.
2. Sudukan ke dalam paper cup dan hiaskan dengan chocolate rice..masukkan dalam oven dalam 10-15 minit…suhu dalam 150 darjah celcius (ni kalau follow kebanyakan resepi)…tapi saya semalam bakar dalam 5 minit ..guna periuk ajaib…alasan takmo guna oven sebab nak bakar kejap je.
Resepi Cornflakes Madu Simple
first time buat ni…..
Betul tak mudah ? Ringkas je kan .. Selamat Mencuba!