Sabun Kzanah Cosway- Bagi yang mengalami masalah jerawat di belakang badan boleh try Sabun Kzanah keluaran Cosway . Sal dah try dan Alhamdulillah . Kulit badan jadi licin dan bertambah cerah .

Sejauh Mana Keberkesanan Sabun Kzanah Cosway

Selain dari muka , sabun kzanah boleh jugak digunakan untuk badan . Sape kata badan tak perlu kita jaga ? Jangan dibiarkan ya sebab kulit badan termasuk kaki tangan semua kena jaga . Nanti color skin tak sekata jenuh wehhh .

Tapi bila kita tengok zaman la ni kan , ramai je yang kulit tangan dan muka berbeza . Sal pun agak pelik la jugak . Mungkin hanya terlalu jaga muka sampai abaikan part yang lain . Kita fikir positif la gamaknyer !

So korang  yang disayangi . Sila ya hargai kecantikan yang diberikan dengan sebaik mungkin . Jangan asyik jaga satu bahagian sampai ketepikan bahaguan yang lain . Kalau boleh biar sama rata.

Bagi yang dah mencuba pelbagai produk tapi tak berjaya , apa kata try sabun kzanah cosway sebab harga pun tak berapa mahal . Dan yang best sabun kzanah cosway ni tak mudah lembik macam sesetengah sabun tu . Lepas pakai , kita akan rasa fresh .. bau pun best !

Sabun Kzanah Cosway
Sabun Kzanah Cosway

Kandungan sabun pun tak meragukan sebab semuanya dari tumbuhan . Selamat dan amat berbaloi :

Peach , Scutellaria , Licorice , Pegaga

BACA JUGA: Zara Black Mud Soap Berkesan

Kita ni orang pompuan kalau nak kelihatan cantik kena cantik dalaman dulu . Tu antara pesanan nenek Sal la . Bila cantik dalam , automatik akan cantik luaran . Jangan jadi ‘plastik’ tau .. tak baik gitu . Sebenarnya bila dah cantik dalaman , luaran akan automatik nampak keaslian .

Lagi satu part kesihatan , terutamanya pemakanan . Haaa . .. yang tu pun sama gak . Kena jaga jugak . Seandainya korang belasah semacam .. camne nak keluar cantiknyer tu kan.. hehehhe . Jangan ambil langkah mudah atau singkat untuk cantik . Makan masa sebab jalan pintas hanya akan merosakkan diri . Sengsara weh bila nak rawat dan pada Sal better cegah !