Best Ke Gambang Water Park – Suka tengok gelagat dua beradik Khalish & Khaleef yang dah tak sabar nak ke Water Park Gambang . Ni hari kedua short #‎kelabbloggerbenashaari‬ . Percutian yang ditaja , sape tak suka kan … Syukur , Alhamdulilah .

Biar Benar … Best Ke Gambang Water Park

Dari hari kami sampai lagi Khalish dah heboh nak swimming tapi tak sempat . Dan hari Ahad tu pulak bila bangun je dari tidur … hujan . Takde rezeki lagi .

Camne nak buat ek , tapi teringat bila sorang kenalan penah cakap kalau hujan berterusan takpe bagi anak anak main hujan . Memang ada niat pun nak bagi anak anak main hujan . Dan inilah masanya kot kan . Bila lagi dan Sal sendiri pun dah lama tak berhujan . Sekali sekala , harap taklah demam . Aamiin ..

Meh kita cuci mata tengok gelagat anak anak Sal :

Best Ke Gambang Water Park
1st time naik trump anak..anak ibu….behave pun..
Best Ke Gambang Water Park
hujan pun kita redah gak kan .. beria Khalish main
Best Ke Gambang Water Park
Khaleef , seronok betul layan air

Korang Kena Tahu Betapa Bestnya Gambang Water Park

Tak banyak gambar yang Sal sempat snap sebab hujan . Nak pantau lagi aktiviti Khaleef dan
takut camera kena air pun ye jugak , hehe . Sebab bukan gopro pun . Khalish pulak dengan Mr Hubby . Inshaa Allah lepas ni nak repeat lagi datang sini .

Tak sempat nak explore semua sebab kekangan masa . Dalam kepala ligat fikir nak check out .Tapi memang best la Water Park Gambang . Sesuai sangat untuk Khalish dan Khaleef … Khalish paling suka Kiddie Slide ,  berani betul dia naik sorang .

Nextime nak bawak skali Khalaf dan nak sewa Cabanas . Sempat gak beli toup up tapi redeem balik sebab memang tak sempat nak beli pape pun . Masa chek in ke Bukit Gambang Resort City Sal diberi 3 voucher – ada Welcome Drink , Safari Park dan Water Park , bilik penginapan pulak di Carribean Bay Suites . Cukup selesa untuk Sal sekeluarga sebab ada 2 bilik disediakan .

Best Ke Gambang Water Park

tq Ajeeb…ni la rupa voucher…

Best Ke Gambang Water Park
penginapan di Carribean Bay Suites

Cuma yang kurang sikit kat sini masa breakfast sebab kena beratur panjang . Kita kena tulis no bilik . Kan best kalau ada voucher so boleh by pass je … hehehe . Bila dah ramai sure crowd sikit tempat makan dan paling yang agak mengecewakan adalah menu makanan sebab tak banyak pilihan .

Sempat Sal berborak dengan sorang kakak yang pernah datang sini , kira  2nd time la akak tu datang . Dia kata sebelum ni ok je banyak stall yang ada dan banyak pilihan makanan . Sekarang je dah kurang maybe sebab harga dah naik kot .

Harapnya untuk 2nd time Sal  datang sini tak lah berulang lagi dan banyak pilihan makanan . Kiranya berbaloi la dengan bayaran yang dikenakan ataupun next option datang sini kena dok homestay . ..boleh buat aktiviti BBQ….kan..kan – Best Ke Gambang Water Park

Kalau korang nak tahu details tentang Gambar Water Park , meh klik :

Facebook: Bukit Gambang Resort City, Kuantan (BGRC)

Website:Bukit Gambang Resort City