| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Jom try buat Resepi Kek Belgium Mudah dan tepung Sal beli kat ANNE BAKERI . Mudah sangat cuma tambah telur , air dan minyak sayuran . Kategori macam Sal ni ok la , nak yang mudah dan simple . Baru nak berjinak dengan dunia baking katanya !

Resepi Kek Belgium Mudah
kita whisk dulu telur ..
Resepi Kek Belgium Mudah
then , kita masukkan tepung … ikut aturan yang disertakan

Kenapa Patut Cuba Resepi Kek Belgium Mudah 

Cara ni mudah sangat tau , cuma kena rajin atau tak je . Tapi kalau penyakit ‘M’ datang jugak.. Sal tak leh nak kata apa . Ni dah kira cara yang paling simple nak buat kek Resepi Kek Belgium  . Sal tuang tepung pulak dan sebelum tu Sal dah letak minyak dan air. Bila dah kacau sebati , Sal masuk  dalam oven selama 30 – 35 minit .

Masa membakar pulak ,  ikut kesesuaian oven ya  dan kepanasan 180 darjah celcius . Untuk ibu berkerjaya macam Sal ni amatlah disarankan buat cake yang simple . Sal ni pun tidaklah berapa expert dal hal ehwal mem’baking tapi Sal tetap ada kemahuan untuk mencuba . Nama pun perempuan kan !!

Sal dan dapur berpisah tiada .. hehehe . Korang cuba la dan mana la tahukan , dari try melekat terus dapat idea nak jadi usahawan kecil dari rumah . Dari impian jugakla kita akan kecapi kejayaan . Sebab tu ada pepatah mengatakan , biar impian cita melangit …

 

Resepi Kek Belgium Mudah

Resepi Kek Belgium Mudah
tadaaaa …siap sudah Kek Belgium versi mudah

Meh kita tengok kejadian kek belgium yang dah siap .. dari rupa tu macamke laut sikit , tapikan lembut je . Ingat tak jadi dah … hehehe . So korang , tak kan nak tengok je .. apa kata cuba dulu dan sure bila dah cuba nak buat lagi . Tak perlukan masa yang lama pun , balik kerja terus boleh buat . Sal pun ada gak impian nak jadi expert tapi kita bermula dengan yang ‘segera’ dulu ya!!