Jom Makan Lontong Goreng Simple dan Sedap – Lama dah tak pekena lontong goreng so pagi ni Sal bekpes dengan lontong goreng . Korang nak resepi gak ke ??? hehehe..
Sama macam kita goreng nasi cuma Sal tak tahan pedas so goreng dengan cili biasa . Kalau kat kampung especially hari kedua atau ketiga Raya sure kak ipar tersayang dah goreng bersama cili padi , buat bekpes pagi .

Jom Makan Lontong Goreng Simple dan Sedap .. Tak Baik Membazir

Kadang tu ketupat atau nasi impit ada lebih kan di hari raya . Tak kan nak bunag … tak baik membazir . So apa kata kita try menu yang simple .. sedap dan sesuai sangat yang suka pedas !! Kalau tak suka pedas tu pun boleh je kurangkan sikit ..
Best woo layan makan , sampai meleleh air hidung layan dan pekena pulak dengan kopi ‘o’ panas . Tak try tak tahu tau dan bila korang dah cuba , mesti nak buat lagi . Sal kadang tu bila teringin , buat jewww . Bukan susah pun kan .
Aissshhh .. tetiba rindu nak balik kampung .. air tangan kak ipar Sal memang terbaik !!

Jom Makan Lontong Goreng
ni rupanya … sedap tau – Jom Makan Lontong Goreng
simple dan mudah…

Ada masa bila malas nak masak sal akan buat  Lontong Goreng Simple dan Sedap ni . Tambah bila kerja masa tu agak singkat part masak menu yang beria . Asal boleh isi perut ok la kan . Untuk anak anak Sal buat kuih sup sikit , jadinya tak la membazir .

Sebelum kawen Sal tak pernah pun makan lontong goreng ni . Kebiasaannya orang Jawa yang akan buat menu ni . Tak rugi rasa kawen dengan orang Jawa .. kihkihkih . Banyak yang Sal dapat belajar ,  Alhamdulillah .

BACA JUGA: Lontong Darat VS Lontong Laut

Moga lontong goreng ni akan berkekalan dan tak pupus di telan dek zaman . Bagi Sal ianya menu unik yang perlu diturunkan pada anak anak . Tak salah kan bila sesuatu yang unik itu kita kekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang .