Rugi Tak Pergi Farm In The City Seri Kembangan – Bila dah duduk kat bandar…macam susah je nak bawak anak anak tengok haiwan . Selain dari zoo , puas gak fikir manela nak bawak anak anak tengok haiwan yang dikategorikan bukan sebagai haiwan yang ganas .

Kenapa Rugi Tak Pergi Farm In The City Seri Kembangan

Saja Sal nak bawak anak anak tengok haiwan yang terdiri dalam kategori biasa macam ternakan yang selalu kita dapat tengok bila balik kampung macam ayam , itik , kambing , kucing , arnab dan banyak lagi la kalau nak senarai kat sini .

Kena ikhtiar gak nak bawak anak anak tengok yang real sebab asyik tengok dalam buku je kan ? Tak feel la pulak . Dan Alhamdulillah , segalanya terjawap bila Sal sekeluarga dapat masuk percuma ke FARM IN THE CITY … yang ditaja sepenuhnya di bawah #KBBA9 .

Seronok tak terkata dan kegusaran nak bawak anak anak kenal haiwan dah terjawap . Syukur sangat sangat dan bila dah dapat tu mesti tertanya gak dalam hati .. betul ke best FITC ni ? Sesuai ke tidak untuk anak anak .. ? agaknya macam ala ala zoo la kot … ?? Segala mala pertanyaan mula berkecamuk dalam kepala .

Panas macam LEGOLAND ke tempat dia .. kihkihkih . Tetiba ter’seru pulak LEGOLAND . Sebelum ni memang tak pernah tau kewujudan FITC sampai la dapat peluang nak pegi kalini .

Dan harini kebetulan KL cuti replace Hari Wilayah semalam . Sal sekeluarga terjah ke FITC dan kami ditemani abang ensome  —> Razzwey  .

Nak tau best ke tak FITC ni , meh Sal bagi gambaran awal tapi takleh semua tau sebab banyak gambar Sal nak share . Biar gambar yang berbicara ya !

Sal and Razzwey  selfie time sesudah sampai…
becok mulut Khaleef bila sampai FITC…

 

takut jugak Khalish nak dekat dengan tortoise…

 

Khaleef dah tak sabar nak teruskan pengembaraan di FITC

 

seronok betul Khalish…

 

ha….buat ape tu Mr Hubby petik buah ke ?? yang sebenarnya bagi makanan kat burung

 

turn Khalish pulak….
Ni baru separuh perjalanan di FITC tau . Kegembiraan dan keterujaan terpancar di wajah Khalish dan Khaleef . Seriously , terus teringat zaman Sal kekecik dulu . Mengembalikan nostalgia sungguh bila masuk FITC . Cuaca pun best sebab bila dah masuk dalam ni redup je sepanjang perjalanan . Dirimbuni dengan kehijauan alam .

Nanti Sal story lagi ya dan sedikit info mengenai FITC yang Sal nak sharing..

masa operasi FITC seperti yang tertera….
Pakej untuk sekeluarga pun ada….
Boleh Sal katakan sangat berbaloi bawak anak anak datang ke sini sebab banyak haiwan yang boleh dikenali … boleh dipegang jugak !!