Lontong Darat VS Lontong Laut – Lontong pun ada pelbagai version , selalu dok makan lontong berkuah dan sekarang dah ada ‘lontong darat’ . Bezanya yang ‘darat’ tak berapa nak ada kuah tapi ada rendang ayam , kuah kacang dan sayuran dalam lontong . Cuma agak kurang berkuah tapi still sedap gak .

Beza Lontong Darat VS Lontong Laut

Sedikit sebanyak Sal dah bagitau kan perbezaan dari segi kuah . Lontong Darat bersifat ‘kering’ sedikit berbanding lontong yang biasa . Saje Sal panggil Lontong Laut sebab berkuah .. kihkihkih .

Ni rupa Lontong Darat , kang tak letak gambar jenuh korang nak imagine lak ..

Lontong Darat VS Lontong Laut
Versi Lontong Darat ..

Tak jauh beza pun tapi ada yang suka makan lontong berkuah ada yang tak . Ikut selera memasing kan , macam Sal ni suka je nak try . Nanti bila weekend boleh try masak sendiri pulak . Resepi sangat senang macam nak buat lontong berkuah tu cuma kena extra masak rendang ayam . Korang berani tak nak try jugak ?? hehehe

BACA JUGA: Lontong Darat

Lontong Darat VS Lontong Laut
kalau yang tu darat..yang ni pulak lontong laut la kan…hehehe
Dari kecik dulu memang Sal suka makan lontong sebab ada kuah kacang , tempe , tahu , campuran sayuran . Tapi lontong berkuah ni takleh nak makan selalu sebab takut muak pulak sebab kepekatannya terlalu tinggi hingga boleh  menternak lemak . Habis diet wehh .
Part makan ni korang kena berpada pada dan jangan terlalu ikut nafsu okeh !! Nak makan ape pun boleh tapi jangan melampau . Beringat sesama kita tak salah kan sebab Sal pun sentiasa remind pada diri sendiri . Kadang kita ni mudah leka .
Apa yang nampak depan mata nak je cuba dan terkadang tu tanpa kita sedar . Ade je yang Sal nampak buat tak sedar . Dan bila penyakit dah datang , baru nak patah balik langkah berjaga . Apa kan daya  .. takleh dah kan .