Rahsia Kecantikan Semulajadi – Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan . Sal sendiri pun masih berpegang pada petua lama . Ada baiknya kita cuba yang tradisional sebab kemujaraban lebih berganda dan tak payah nak pening tentang kos .

Betapa Pentingnya Rahsia Kecantikan Semulajadi

Sumber: Google
      Banyak betul petua yang Sal sendiri baru tahu yang menyumbang kepada kecantikan . Nak bergantung pada produk semata rasa macam rosak lak muka sebab banyak chemical yang kita jarang ambik tahu .

Meh kita tengok antara petua yang tak perlukan kos yang banyak dan sedia ada di dapur korang . Sooo jimat weh !

Hilangkan Parut Jerawat – Ambil sedikit madu dan dicampurkan dengan bedak sejuk . Sapukan pada kesan jerawat .

Bibir Merah Semulajadi – Sapukan mentega pada bibir sebelum tidur dan amalkan setiap hari.

Muka Licin – Ambil yogurt asli dan sapukan pada seluruh bahagian muka … jadikan masker .. biarkan yogurt kering dan cuci muka seperti biasa dengan air bersih . Buat 3 kali seminggu dan hasilnya muka akan licin , berseri dan segar .

Hilangkan Lebam Bawah Mata – Masa sapu foundation bawah mata letak krim dan urut sikit guna jari manis sambil berselawat .. Insha Allah

Naikkan Seri Wajah – Ambil air kelapa dan sapukan ke muka..biarkan kering dan basuh muka…dapat menghilangkan parut jika dilakukan selalu

Licinkan Kulit Muka – Ambil sebiji tomato … hiris dan letakkan pada muka . Lakukan pada waktu malam sebelum tidur

Membentuk dan Melebatkan Kening – Ambil sebiji buah keras dan bakar hingga hangus (hitam)…ambil lidi yang bersih…calit sikit pada buah keras dan sapukan pada kening dan bentuk sebaiknya..buat selalu..Buat selalu pada kening anak pun boleh..Insha Allah kening anak akan tumbuh dengan cepat dan cantik

Awet Muda – Minum segelas air kosong masa bangun dari tidur..amalkan selalu selepas bangun pagi..senang dan mudahkan

Muka Berseri – Bangun pagi…sebelum sentuh air..gunakan jari telunjuk dan raut menggunakan air ke wajah bermula dari bawah muka hingga ke dahi sambil berselawat..buat sebanyak 3 kali

Wajah Jelita – Masa bersolek di waktu pagi..selawat kedua belah tapak tanngan dan raupkan pada wajah berserta dengan niat agar kulit wajah sentiasa berseri

Jom Try !!