| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Susu ibu sememangnya mengandungi antibodi untuk melindungi si manja daripada penyakit berbahaya dan secara tak langsung Susu Ibu elak penyakit pada bayi . Susu ibu jugak mempunyai 1’001 khasiat untuk anak dan ibu selain dapat merapatkan hubungan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu dari segi kesihatan juga terjaga .

Enam bulan pertama , susu ibu sangat baik dan itulah yang Sal praktikkan .. Alhamdulillah . Perjalanan penyusuan untuk anak anak dipermudahkan olehNya di mana ada kesungguhan pasti ada caranya doa dan tawakal perlu seiring dalam apa jua perkara yang kita lakukan . Insya Allah .

Susu Ibu Dapat Elak Penyakit Pada Bayi

Penyusuan juga boleh diteruskan sebingga anak berusia dua tahun walaupun anak dah diberikan makan pepejal melalui susu badan yang disalurkan dapat melindungi anak daripada penyakit yang serius macam selsema , demam , jangkitan telinga dan alahan .
Untuk makluman , badan ibu akan menghasilkan antibodi baru ketika terdedah kepada jangkitan seperti contoh masa si ibu tak sihat , demam atau selsema dan antibodi yang terhasil akan dipindahkan kepada bayi ketika sesi penyusuan berlaku . Secara tak langsung antibodi yang dipindahkan akan melindungi bayi dari mengalami gangguan kesihatan . Ni dikira langkah pencegahan semulajadi .
Dalam masa yang sama penyusuan juga merupakan aktiviti yang paling sihat bagi si ibu sebab dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta keretakan tulang . Indah ciptaan Ilahi kan . Alhamdulillah !!
Pemberian susu ibu bukan setakat bagi tahap kesihatan yang baik untuk si manja anda malahan sangat mudah dan secara tak lansung menjimatkan kos untuk beli susu formula . Sal bekerja dan perlu bahagikan masa untuk sesi pump di ofis . Kuatkan semangat dan prinsip Sal , jangan malas . Perlu disiplinkan diri , pump perlu konsisten kalau tak stok untuk anak memang akan ke laut .
Susu Ibu Elak Penyakit Pada Bayi

Cara Untuk Banyakkan Pengeluaran Susu

Meh Sal kongsikan beberapa kaedah untuk banyakkan susu dan Sal dapat dari pembacaan info Sehingga ke hari ini Sal masih cari gali info penyusuan badan .

  • Perah atau pump susu dengan cara yang konsisten sebaiknya tiap dua jam sekali . Sila buat jadual so para ibu boleh disiplin follow .. jangan ngelat okeh!!
  • Rasanya semua dah tau kena minum atleast tiga liter sehari
  • Untuk mendapatkan susu yang mempunyai nutrisi yang mencukupi , sila makan makanan seimbang . Jangan skip ya sarapan , lunch ,dinner . Jangan biarkan perut masuk angin takut nanti anak kembung pulak .
  • Sentiasa berfikiran positif supaya aliran susu lancar bila ibu tenang dan ceria selalu . Jangan susahkan hati , berasa tertekan atau kelam kabut sebab takut mengganggu penghasilan susu badan dan juga akan terbantut . Paling best , masa sesi pump tu tengok pic anak dalam fone ke , dalam lappy ke , ha .. tengoklah hasilnya nanti . hehehe…