Adakalanya dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri…kita tak boleh lari dari rasa tak puas hati…dan akan berlarutan kepada terasa hati…masam muka…merajuk…dan seangkatan kan…lumrah…sedangkan lidah pun selalu tergigit…inikan pulak bila hidup bersama…masing masing kena saling memahami dan bertolak ansur…bila sorang marah…sorang kena diam…gitulah sebaliknya….diumpamakan seperti api disimbah lagi dengan minyak…bertambah marak…kalau dicurah dengan air….sendiri faham kan…
langit adakalanya tidak selalunya cerah…..
Ikut kajian yang dijalankan…dalam usia perkahwinan yang masih belum mencecah 5 tahun…kerap berlaku perselisihan sebab masih dalam fasa mengenali dan cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain…walaupun sebelum dah bercinta bagai nak rak selama 10 tahun…bukan senang kita nak kenal seseorang biarpun hidup bersama…’rambut sama hitam’….
Untuk mengelakkan dari kerap berlakunya salah faham…jom kita tengok apa yang boleh kita lakukan sebagai suami@isteri agar hubungan yang dibina sentiasa bahagia dan aman….percubaan itu perlu dari berdiam diri…
  • Kawal Emosi : Bertindak bijak dalam mengawal perasaan marah atau tak puas hati..tenangkan diri sebelum bertindak atau meluahkan perasaan
  • Elakkan Pergaduhan: Perlu ada tolak ansur dan perbincangan sebelum melakukan sesuatu
  • Jujur dan Saling Mempercayai: Sikap ini merupakan kunci utama dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan
  • Beterterus Terang: Jangan suka berselindung dan suka menyimpan rahsia…berkongsi adalah lebih baik…bercakap benar adalah lebih baik walaupun pahit untuk mengkuinya
  • Bersikap Terbuka: Jangan terlalu ambil serius akan sesuatu yang belum tentu kesahihannya…sila berfikiran positif
  • Biarkan Sejarah Lama Berlalu: Jangan suka ungkit kisah lama…nanti diri sendiri terperangkap..takut akan timbul perasaan benci…kecil hati…atau cemburu
  • Tepati Janji: Jika berjanji sila tepati…buatlah pasangan sentiasa rasa dihargai
  • Buang Sikap Ego: Setiap orang punya ego tersendiri..tapi perlu dikawal sebab ego takkan bawa hubungan ke mana pun…syurga seorang isteri adalah pada suami dan suami perlu bimbing isteri dan bagi contoh yang terbaik
  • Tunjukan Kasih Sayang: Jangan malu nak buktikan rasa kasih sayang pada setiap masa…ucapkan kata sayang..jangan sampai pasangan rasa terabai disebabkan kepadatan urusan seharian dan ditambah lagi dengan kehadiran anak anak
  • Memaafkan: Belajarlah untuk memaafkan kesilapan yang telah dilakukan..manusia sering melakukan kesilapan..berilah peluang untuk memperbaiki keadaan
Kala menharungi kehidupan ini….kita tak kan lari dari ujian yang diturunkan oleh Allah SWT…Kesusahan…Kesempitan…Kesedihan dan pelbagi lagi cubaan yang diturunkan olehNyatidak lain adalah untuk mendekatkan diri dariNya..Apakah kita mampu bersabar dengan ujian yang menimpa….???

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari