| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Dulu masa Sal muda remaja ,  tak penah berpeluang nak masak pun . Just masuk dapur tengok nenek masak .. tolong tumbuk bawang , mesin cili . Takat tu je dan masa tu tak pernah pulak terfikir nak try pegang sudip dan masak . Mungkin tak penah nak offer diri cakap ngan nenek cuma jadi pemerhati setia je . Patut masa tu Sal cari peluang nak hadam resepi mudah boleh dipelajari !!

Resepi Mudah Boleh Dipelajari
nah .. jangan terasa udah la ye…Resepi Mudah Boleh Dipelajari

Bila masuk bulan puasa pulak ,  Sal jadi assistant gak cuma tukang terap acuan kuih .. tukang masuk dan angkat kuih dalam oven . Dan situasi mula berubah selepas kawen , agak cuak jugak masa memula kawen . Tertanya pada diri sendiri , boleh ke aku masak ??? sedap ke tak ??? sure Mr Hubby komplen … warghhhh….!!! Pelbagai persoalan bermain di minda…

Jangan Takut Mencuba , Resepi Mudah Boleh Dipelajari

Air tangan isteri sangat penting , Sal tahu tu malah air tangan isteri amat diberkati dan menambah rasa cinta dalam menyemarakkan kasih sayang dan keserasian dalam melayari bahtera perkahwinan . Jadinya langkah pertama yang Sal buat dulu , belajar masak resepi yang mudah . Beli buku resepi yang simple dan 5 tahun ke belakang ni dah tak sehebat hari ni .

Semua resepi dah boleh klik hanya di hujung jari  GOOGLE je kat handphone , sure keluar resepi . Malas atau rajin dan nak dengan tak nak je . Kena rajin la kalau penyakit ‘M’ datang , ape pun takleh kan !!

Resepi Mudah Boleh Dipelajari
kalau dulu buku….zaman sekarang hujung jari je

Dan kalau nak tahu sehingga hari ni , Sal tetap berusaha untuk belajar ilmu masakan . Para isteri dan ibu tak perlu risau dan dengan adanye blog dan media sosial , ia sangat sangat membantu . Lagipun kalau kita masak sendiri dah tentu jauh lebih bersih dan berkualiti berbanding kita beli di kedai kan . Bahan yang kita gunakan pun selamat .

Pembelajaran Dalam Masakan Perlu Berterusan

Tambah anak anak Sal pun makin membesar dan masa ni la nak test skill masak , buat kuih yang simple . Syok tau bila kita buat , anak anak berebut nak makan . Hilang penat walaupun seorang wanita tu berkerjaya , jangan jadikan penat atau letih sebagai alasan. Boleh je lapangkan sedikit masa masuk ke dapur terutamanya hujung minggu. Bukan susah pun masak or buat kuih . Dan akan datang bila anak anak dah sekolah , Sal dah kena plan untuk buat bekal anak anak ke sekolah . Moga niat Sal dipermudahkan oleh Ilahi . Amin

Keseimbangan antara kerja dan keluarga itu penting takut jugak di masa akan datang dek sebab perkara yang kecil..tercetus pergaduhan dan salah faham dan boleh mengakibatkan penceraian , Nauzubillah .. mintak dijauhkan . Kerjaya adalah no 2 lepas suami dan anak anak  – keluarga .

Bagi Sal , seronok sebenarnya belajar memasak ni bila dah terjebak . Kalau boleh hari hari nak masuk dapur .. hehehe . Kita asah skill dan cuba setakat mana yang termampu . Lepas masak kita mintak ‘juri istimewa’ adili dan dan tentu jurinya adalah suami dan anak anak .

Best kan gitu .. masak bersama suami dan anak anak pun best . Jadikan aktiviti sekeluarga pun ok  jugak !!