Nasi Briyani Jagung vs Ayam Masak Merah – Bila masuk je petang terus ligat Sal berfikir nak masak apa untuk berbuka . Pening gak tapi masak jela dengan bahan ape yang ada kat dapur kalau asyik terfikir kang tak jadik pulak lauk…

Nasi Briyani Jagung vs Ayam Masak Merah

Balik keje kekadang dah terlewat so gunakan masa sebaik mungkin untuk masak yang simple mimple , yesssszaa .
Dapat idea bila tengok ada balance air jagung . Resepi macam biasa la ,Sal akan mintak bantuan dari Mr Google . Bukan susah pun nak masak sekarang ni .
Type je ha kat Google makanya dapatla resepi Nasi Briyani Jagung vs Ayam Masak Merah . Ni la rahsia Sal semakin rajin nak cuba pelbagai resepi ..
Sangat simple wehhhh ..
masak nasi macam biasa…letak jagung…jadi terus…

Lauk Ayam Masak Merah … Mengancam !!

Part lauk sangat senang sebab tengok ada ayam lagi . So kita buat je masak merah dan kacang peas pun ada lagi . Kasi tabur sikit sebagai hiasan so naik sikit selera nak makan … huhuhu .

Dan bila siap dah tak peningkan ??? ngengenge dan sebenarnya menu ni untuk sahur sebab semalam berbuka kat luar beramai ramai dengan geng opis … nanti Sal story ya .

BACA JUGA: Muffin Chocolate Resepi Ringkas

 

ayam masak merah memang jadi kegemaran seisi keluarga…

 

Selamat Mencuba !!