Erti Sebuah Ikatan Suami Isteri – P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N . Bertemu , bercinta hingga lahir kasih sayang . Ikatan yang ditentukan oleh Ilahi , hanya DIA yang mengetahui dan percaturan adalah dari DIA . Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan insan yang amat memahami dan menerima diri ini seadanya . Aamiin .

Sejauh Mana Erti Sebuah Ikatan Suami Isteri

Diciptakan Hawa untuk Adam .. Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam , bukan untuk dijadikan alasnya tapi ditempatkan disisi untuk menjadi sebahagian daripada teman hidupnya . Dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai….
 
Kalau ada perselisihan yang berlaku dalam hubungan suami isteri sebaiknya diselesaikan secara baik dan dalam perhubungan , komunikasi itu sangat penting .
Dan yang isteri jangan dok simpan dalam hati , peram terus sampai menjeruk rasa . Tak baik sebab hanya ganggu emosi mental dan fizikal akan terpalit sama.

Korang kena ingat , tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan secara baik sebab setiap dari kita dikurniakan akal fikiran yang waras dan berfikirlah secara logik . Jangan terlalu ikut rasa kerana kelak akan binasa .

BACA JUGA: Kena Tahu Cara Jaga Hati Isteri

Ingat !! DIA kan ada…minta petunjuk pada DIA…Inshaa Allah .