Gaya Sakan Kaca Mata Hitam Tingkat Keyakinan Diri – Sesekali nak gak bergaya gak , hehehe . Boleh kan ? Mood raya berbaki lagi katanya dan lama dah tak berkaca mata hitam , sila jangan nak termuntah ye kengkawan .

Sementara nak sampai ke lokasi majlis kita ber’selfie sikit . Bukan selalu pun .. oh iyo ko ??? Saje nak melaram sebab Sal tak bawak geng askar . Then lepas ni nak beli barang pulak . Bukan tak nak bawak anak anak .. takut serabut lak nak beli nanti . Sebelumkeluar tadi Sal dah tanya , nak kirim apa apa tak . Sure ada kan .. hehehe .

Kelebihan Berkaca Mata Hitam Bukan Sekadar Nak Gaya Sakan

Dulu kan Sal tak tahu pun ada sebab kita ni sebagai perempuan perlukan kaca mata hitam . Bila terbaca artikel (Sumber: NONA) baru faham kenapa kena ada . Sal nak share dengan korang gak manfaat aksesori penting ni selain dari untuk gaya dan nampak anggun gittewww …

Gaya Sakan Kaca Mata Hitam Tingkat Keyakinan Diri
Pilih kaca mata yang bersesuaian ya – Gaya Sakan Kaca Mata Hitam
Purple Gurl !!

Penyebab Wanita Berkaca Mata .. Gaya Sakan Kaca Mata Hitam Tingkat Keyakinan Diri

Melalui pembacaan Sal , ada beberapa sebab kenapa seseorang wanita itu berkaca mata . Antaranya:
– Melindungi pelbagai kekurangan pada wajah terutamanya eye bag pada mata
– Menghalang sinar UV yang bahaya dan boleh merosakkan mata
– Melindungi mata dari melihat sesuatu yang membosankan (orang tak nampak pergerakan mata kita)

BACA JUGA: Tips Solekan Wanita 30-an

Adakah Penggunaan Kaca Mata Mampu Meningkatkan Keyakinan Diri

Korang rasa macam mana dengan persoalan yang ni ? Kaca mata hitam ni bukan setakat untuk tujuan berfesyen , tapi ada beberapa fungsi lain contohnya :

Dapat serlahkan personaliti diri

  • Pilih rekaan bingkai yang mampu menonjolkan perhatian dan serlahkan style anda . Biar kaca mata hitam yang dipakai ‘berbicara’

Menyerlahkan Bentuk Wajah Yang Cantik

  • Kaca mata hitam besar bersegi empat mampu menegaskan bentuk wajah wanita yang bulat . Meskipun mata korang terlindung di sebalik kaca mata , korang tetap menawan tanpa berbuat apa apa .

Melindungi Mata

  • Kaca mata penting untuk melindungi mata dari pancaran sinar UV . Pendedahan terus terhadap sinar matahari boleh menyebabkan katarak , fotokeratitis dan sebagainya . Kaca mata turut melindungi mata daripada habuk dan alergik .

Menjaga Kulit Halus Sekitar Mata

  • Pemakaian kaca mata berfungsi untuk melindungi kulit halus di sekeliling mata dari kedutan pra – matang .

Aksesori Yang Versatil

  • Pilih kaca mata sebagai aksesori tidak pernah menjadi keputusan fesyen yang salah . Boleh dipakai bagi tujuan formal atau ranggi .. semuanya sesuai .

Alternatif Untuk Solekan Mata

  • Mungkin ada antara kita yang tak sempat  nak make up bahagian mata kan so bila pakai kaca mata dapat sembunyikan bahagian mata yang kurang mengancam kan ?? hehehe