Selagi ada kemahuan dan kesungguhan…apa yang kita inginkan pasti boleh…diiringi dengan doa…tawakal…tapi kena ingat ya!! tanpa usaha semuanya tak akan berjaya…
Bila kita cakap pasal penyusuan ibu…memang betul…tak semua ibu berjaya menyusukan anak sehingga mencapai umur dua tahun…tanyalah mana mana ibu pun…pasti ada kesukaran yang ditempuhi sebelum berjaya dalam tempoh penyusuan…
Ilmu penyusuan tidak akan datang bergolek…ia perlu dicari gali…dan pada ibu yang berjaya..jangan kondem kawan kawan yang tak berjaya..sebaliknya cuba sharing info dan ‘resepi’ kejayaan…tak luak pun susu anda..hehehe…kita bagi semangat pada kawan kawan…Inshaa Allah..melalui luahan kata kata semangat pun akan membuahkan hasil…caye tak ???
Dan untuk ibu berkerjaya…anda pun sebenarnya boleh…jangan kata tak…meh Sal sharing sikit panduan untuk buat stok susu bagi menampung keperluan anak bila kita tinggalkan di nursery atau pengasuh…
  • Perah susu dua minggu selepas bersalin atau kelahiran
  • Pastikan peralatan bagi tujuan penyusuan dibersihkan terlebih dahulu dan bebas dari kuman
  • Pada awal perahan…jumlah susu yang keluar memang sedikit tapi jangan putus asa sebab lama kelamaan pengeluaran susu akan meningkat – Demand & Supply
  • Biarkan susu yang baru diperah di suhu bilik seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Perahan susu mestilah disimpan dalam bekas yang bersih samada dalam botol atau liner/milk storage bag
  • Perahan di tempat kerja mesti dilakukan sebanyak 6 – 8 kali ya..disiplin penting…jangan skip
  • Pilih pam yang efektif…macam Sal …pam elektrik lagi ringkas…mudah dan cepat..pam dua belah lagi cepat meningkatkan pengeluaran
Permata hati ibu yang sehingga kini masih menyusu..

Khalaf ….1tahun 9 bulan..

Khaleef…3 tahun 8 bulan

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari