Alhamdulillah…selesai jua akhirnya Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Meriah di Hulu Langat. Best sangat untuk kesekian kalinya , kalau yang lepas #KBDO KBBA9 pernah dilaksanakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya..boleh rujuk SINI dan pernah jugak kami bersama di Zoo Negara Malaysia….boleh baca kat di SINI..

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Meriah di Hulu Langat Meriah

Dan untuk yang terbaru ni sangat happening sebab kami berkumpul dan bermalam . Ia dilaksanakan selama 3 hari 2 malam tapi sayangnya Sal tak berkesempatan nak datang awal sebab ada hal yang tak dapat dielakkan . Walaupun Sal tak dapat join dari mula Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Meriah di Hulu Langat Meriah dan sekejap , kemeriahan tetap dirasai dan paling best bila dapat jumpa rakan blogger yang datang dari jauh . Betapa akrabnya bila kita dah bernaung di bawah satu bumbung , bak kata orang “cubit peha kanan .. peha kiri akan terasa gak ”

“Bukan Sekadar Blogger…We Unite Together..”

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Meriah di Hulu Langat
Tim Purple….hip..hip…horrreeyyyy !!

BACA JUGA: Blogger’s Day Out di Zoo Negara

semuanya fit belaka…

Sal bangga sangat bila dapat jadi sebahagian daripada Family KBBA . Terima kasih diucapkan pada pengerusi KBBA – Beben @ +Ben Ashaari sebab sudi terima Sal dan family menjadi sebahagian dari KBBA . Jutaan penghargaan kepada jawatan kuasa yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti Family Day ni , tanpa korang tak mungkin program ni berjaya dilaksanakan dan tak lupa pada Penaja Rasmi KBBA – COSMODERM . Beribu ribu terima kasih diucapkan kerana sudi menaja penginapan , saguhati dan cabutan bertuah .

Banyak Aktiviti di Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari, Hulu Langat

Semua yang hadir sporting habis , Mr Hubby pun join sekali best gak sebab bukan setakat blogger je involve pasangan pun join sekali . Banyak aktiviti bersama yang dilaksanakan sepanjang Family Day KBBA  dan antaranya adalah:
  • Pertandingan Karaoke
  • Flying Fox
  • Sukan Rakyat
  • Poco-Poco
  • BBQ
  • Mandi Sungai
  • Mandi Manda Air Terjun
  • Zumba Razi
Bila ada game berkumpulan macam ni biasanya akan timbul semangat bekerjasama dan saling bantu membantu . Memang akan dapat rasa especially dalam Sukan Rakyat dan part aktiviti ni memang sempoi habis . Gelak jangan cakap la bagai nak rak dan kumpulan Sal iaitu Kumpulan Purple JUARA keseluruhan tau . Tak sesia je join .. hahaha . Antara sukan rakyat yang ada:
  • Terompah Kaki
  • Lari Kepit Bola
  • Boling Kelapa
  • Pancing Tin
  • Isi Air Dalam Balang & Tiup BolaPing Pong
  • Wrestler Atas Titi
  • Tarik Tali Dalam Air

 

Fuhhhh….penat tapi sangat meriah , hilang segala stress . Anak anak pun join bagi semangat kat makpak .. kihkihkih . Banyak lagi sebenarnya Sal nak sharing tapi adalah lebih baik biar gambar yang berbicara kan so kalau nak layan lebih lagi aksi Blogger KBBA … meh singgah kat:
                                                 (Sudikan follow sekali yea….)

 

Tak lupa kepada foto dan video rasmi sepanjang program berlangsung iaitu +KAIO STUDIO dan penaja-penaja yang lain:
#Azzuhatraveltours
#KBBAAzzuha
#teamumieofficial
Terima Kasih Daun Keladi…Nextime, Panjang Umur Harap Bersua Kembali…KBBA9 Tetap Dihati….