Sebelum ni Sal pernah gak dengar…nak kuruskan badan boleh la buat air lemon..detoks katanya untuk buang toksin…adela jugak Sal try saje ngengade kan ?..tengok kat ofis pun ramai yang buat…sebotol besar lagi…Sal buat segelas je…lebih pada nak rasa..
Cumanya baru ni Sal terbaca info rupanya bila diminum berlebihan air lemon ni boleh menyebabkan kesan sampingan dan boleh dikatakan tak baik untuk badan…boleh jadi jugak sebab secara logiknya…lemon mengeluarkan asid…bila dah terlalu banyak terkumpul dalam badan..minum berbotol botol boleh mengakibatkan gigi diselaputi asid…jadinya bila nak makan makanan yang sejuk dan panas…gigi akan jadi sensitif..so berhati hati ya….hadkan pengambilan minuman lemon ni…
Antara sebab lain…boleh mengakibatkan dehidrasi … jaga jaga yang ni.. buah lemon dikatakan mempunyai kandungan Vitamin C yang amat tinggi…bila nutrien yang bersifat diuretik boleh menyebabkan peningkatan urin  dan badan akan mengeluarkan cecair dan sodium secara berlebihan…tu dia…jangan pakai minum sembarangan ye…nak minum tu masih boleh tapi kena berpada…bila dah rasa mulut kering semacam..pening kepala … mengantuk …sila kurangkan terus pengambilan okeh !! opsss….dan termasukla bila rasa pedih ulu hati..
Apapun yang kita makan…kena secara bersederhana…jangan main belasah tanpa kaji dulu baik buruknya…badan kena jaga dik non !!

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
SUMBER: SinarHarian