Sape kata dok rumah atas takleh nak mandi dalam kolam…heheheh….tapi kolam comel jela…demi kepuasan anak anak ku turutkan jugak…kebetulan ada hujung minggu Mr Hubby tak dapat nak balik…so…Sal pun agak kemalasan nak bawak anak anak mandi pool….jadinya dok kat rumah jela…
Jadila kan…gini la gayenyer anak anak….sory ye auntie/uncle…kita seksi sikit…
Kesian gak bila tengok anak anak tak dibawak keluar…biasa Mr Hubby yang rajin bawak anak anak swimming…anak anak ni mudah dapat apa yang diajar…seingat Sal dulu la..Khaleef penakut gak nak masuk pool kanak akank…main air ikut tepi je….jenuh la Sal tolak dia dalam air dalam dia tak sedar…memula fobia gak dia…tapi lama kelamaan Alhamdulillah…berani dah sekarang..
Pernah Sal berniat nak masukkan kelas swimming tapikan…Mr Hubby berkeras kata tak perlu…katanya anak anak akan pandai bila selalu kita bawak swimming…ternyata berkesan!!
Khalish dah pandai mandi kat kolam besar …cuma kena pantau la jugak…dan Khaleef pun dah memberanikan diri masuk pool dewasa..syukur !! Inshaa Allah Khalaf bakal menyusul…

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari