Tamak harta jangan .. tamak pahala takpe..betul tak ??? 
Baru ni Sal terbaca tentang BabyBox Project…menarik betul nama projek ni…unik !! dan projek ni kendalikan oleh Persatuan Buai Sayang….berdaftar ye…bukan dibuat sesuka hati…. Alhamdulilllah…masih ada insan yang amat prihatin…
BabyBox Project merupakan sebuah persatuan yang mengumpul pakaian atau keperluan bayi yang kurang bernasib baik …makna kata sumbangan akan diberikan terus kepada keluarga yang kurang berkemampuan..
Kita pun boleh jadi sebahagian daripada mereka…caranya ??? 
Senang je..menyumbang mengikut kemampuan masing masing….jangan paksa diri ya…sedekah seikhlas yang boleh…Sal sertakan rangkaian media sosial yang dimiliki oleh BabyBox Project ..pilihla mana yang lebih prefer untuk contact ya…nak menyumbang secara terus pun boleh..ada disertakan no akaun Maybank .. tertera dalam poster di bawah ni…

Barang sumbangan akan di packing ye…sangat kemas dan lebih teratur sebab diletakkan dalam kotak…dansalah satu sebab kenapa projek ni dinamakan BabyBox Project keperluan bayini sebenarnya bila difikirkan..banyak jugak…kesian pada keluarga yang kurang berkemampuan…jadi pada yang berkemampuan…sudilah hulurkan sumbangan..antara sumbangan yang akan diberikut seperti ….

Tetiba hati Sal rasa syahdu sangat…
Semoga usaha ini akan berterusan dan dipermudahkan segala urusan Persatuan Buai Sayang …untuk maklumat lanjut…boleh layari:

IG: Projek Baby Box Malaysia
FaceBook: Projek Tamak Pahala 

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari