Esok lusa….long weekend….so ape plan korang ?? jalan jalan ?? balik kampung ?? pada yang buat perjalanan jauh…servis keta betul betul pastikan condition keta berada dalam keadaaan yang terbaik…dan masa drive nanti pastikan diri rest secukupnya sebelum memulakan perjalanan…bak kata pepatah ‘biar lambat asalkan selamat’…
Sal pun ada gak plan nak bawak anak anak…dekat dekat je…bila ada peluang cuti panjang…masa ni la nak pulun !! asyik keje je…stress gak kan…sesekali nak gak beralih angin…pada Sal pulak…antara cara nak kukuhkan ikatan kekeluargaan…kita kena pupuk melalui percutian…alaaaa…bukan selalu pun..bila buat aktiviti bersama keluarga ..akan lebih akrab dan Sal suka ingatkan anak anak tentang teamwork..walaupun anak anak masih kecil….ia perlu dipupuk sebab bila dah besar nanti agak payah nak dilentur…
Alhamdulillah…part percutian Mr Hubby no problems…melainkan ada hal yang penting dan tak dapat elakkan…apepun…jangan lupa perancangan ya..penting jugak sebab adakalanya perancangan saat akhir kebarangkalian tak menjadi tu agak besar…tapi ada jugak kengkawan Sal yang buat perancangan saat akhir sukses…terpulang masing masing…
Selamat Bercuti ya!!

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari