Perlu ke Kemaafan Dalam Keikhlasan – Tipu la bila kita kata dalam kehidupan kita ni kita tak pernah marah . Mesti ada punya dan setiap kemarahan itu perlu berakhir dengan kemaafan kan . Tapi ada jeyang suka menyimpan !!

Perlu ke Kemaafan Dalam Keikhlasan Dalam Diri Kita

Kemaafan kena lahir dengan keikhlasan sebab apa Sal kata gini ? Tanpa maaf yang ikhlas , kita tak kan rasa bebas sebab hati tetap pendam something . Macam marah yang tak lepas , silap hari bulan akan jatuh kepada dendam . Bahaya wwooo …
Perlu ke Kemaafan Dalam Keikhlasan
Perlu ke Kemaafan Dalam Keikhlasan

 

Tak Salah Pun Memaafkan – Perlu ke Kemaafan Dalam Keikhlasan

Takmo jadi sampai dendam kesumat sebab nanti makan diri . Kesalahan orang pada kita perlu dimaafkan , begitu juga sebaliknya .

Sedangkan Allah S.W.T sentiasa memaafkan kesilapan kita sebagai hambaNya apatah lagi dalam kehidupan kita sesama manusia . Kita Hamba yang lemah , sentiasa membuat kesilapan tanpa disedari. DIA Maha Pengampun lagi Penyayang .

Walau sebesar manapun kesalahan orang pada kitajangan simpan dendam . Kita ni hanya insan biasa dan tak lari dari ujian dariNya . Andai ditimpa musibahpasti ada hikmat yang diturunkan olehNya.
Ingat tu !! Berpegang pada hikmah disebalik sesuatu kejadian . Sal sentiasa muhasabah diri dan korang jangan lupa bersangka baik . Kadang tu dari sikpa berprasangka … macam macam masalah timbul . Contoh macam hasad dengki , iri hati atau PHD tu ha bila berleluasa bahaya tau .
Semua tu mendatangkan penyakit . Korang patut happy bila takde masalah . Kehidupan akan lebih baik dan jauh lebih baik . Percaya la . Sal dah cuba .. so korang fikirkanlah ya perlu ke kemaafan dalam keikhlasan