| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Hujung minggu baru ni Sal lepak rumah je sebab tak tau nak bawak anak anak ke mana . Badan rasa letih semacam dan keadaan cuaca mempengaruhi keletihan badan , sabar je la kan . Bukan dok saje pun sambil melayan novel yang beli kat jualan gudang Karangkraft last year , tak abis lagi gamaknya . Dalam kepala puas gak pusing fikir nak buat apa kat dapur harini  dan tetiba dapat idea nak try resepi buah lai asam boi .. simple dan sedap !

Viral Resepi: Buah Lai Asam Boi .. simple dan sedap

Korang perasan tak yang sekarang ni orang dok viral tentang jeruk yang kita buat sendiri dan letak asam boi tu . Sebelum ni Sal dah try buat guna buah mangga dan kalini nak guna buah lai pulak . Nampak macam sedap je , ada blogger yang dok buat .. bila terbaca entri , tu yang nak buat jugak … adoii terliur sudah , huhuhu .

 

Bahan bukan banyak pun .. korang cuma perlu ada :

Ø    Buah Lai

Ø    Asam Boi Merah

Ø    Asam Mangga Kering

Ø    Garam

Ø    Gula

Mudah je kan bahan bahan .. dan cara nak buat pun senang . Potong buat lai ikut bentuk yang disuka . Sal suka potong bilah dan kerat lagi dua . Senang nak masuk mulut skali … hehehe . Lepas dah potong buah lai , masukkan asam boi .. sedikit gula dan garam . Gaul sebati .

Resepi: Buah Lai Asam Boi..simple dan sedap
sedap sangat … tapi jangan makan selalu

BACA JUGA: Jeruk Mangga Asam Boi

Rasa satu kepuasan bila kita buat sesuatu resepi dengan air tangan sendiri . Dari segi kebersihan tu rasa macam ‘selamat’ la sikit . Nak sedap lagi , korang simpan dalam peti ais .. agak agak la . Bila makan waktu dah sejuk dan sebati , terangkat wehhh . Tapi jangan amalkan selalu makan buah lai asam boi . Sesekali teringin bolehla .

Sila cuba ya !!