Sila Penuhi Bila Perut Mintak Diisi – Hi korang , moga sihat selalu ya . Mulakan aktiviti pagi anda dengan ceria . Korang dah sarapan ke ? Cakap pasal sarapan pagi ni kan , best rupanya bawak bekal ke opis . Senang dan mudah sebab tak yah nak berebut beli makanan kat cafe dan sangat menjimatkan masa .

Korang Wajib Sarapan , Sila Penuhi Bila Perut Mintak Diisi

Macam Sal ter’rajin jugakla bawak bekalan dari rumah sejak akhir akhir ni . Bukan rajin sangat pun cuma buat mana yang simple sebab pagi pagi Sal takleh nak terhegeh sangat keluar dari rumah . Kena hantar Along & Angah ke sekolah dulu . So kita buat seberapa pantas !
Janji sampai opis bolehla Sal alas perut sikit pun takpe asalkan beralas sebab Sal jarang makan malam . Balik opis lewat petang terus makan so bila menjelang pagi esoknya memang lapar giler la perut .

Ni kisah semalam … bawak karipap kentang .

Sila Penuhi Bila Perut Mintak Diisi

Dan harini Sal teringin nak makan roti mentega bergula …

Sila Penuhi Bila Perut Mintak Diisi

 

BACA JUGA: Resepi Cornflakes Madu Simple

Alhamdulillah , walaupun simple janji perut dapat diisi . Jangan biarkan perut kosong tak baik . Takut penyakit lain pulak yang timbul . So korang pandai la curik masa sebelum gi kerja tu buat sarapan ya !