Baru ni kan….Sal teringin nak buat sendiri ayam percik…fikir susah je dalam kepala otak…hehhehe….ape lagi ..time bulan puasa ni nak beli kat bazar…malas nak bersesak…so nak tak nak kena try jugak… macam nak nak buat Ayam percik mudah yer
Mula la misi meng’google…biasala kaum ibu ni kan…nak kata skill masak tu power idakla jugak tapi pada Sal try & error je…selagi tak try…mana kita nak tahu yang kita ni boleh masuk dapur ….kannn..kannnn…..dan lagi satu…sedap tak sedap belakang citer…
Bila dh jumpa resepi….melopong gak mulut…sebab bahan bahan nak masak ayam percik mudah rupanya..tak caya meh baca….

 Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong 4

   Bahan untuk kisar halus (perapan):
6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia
Bahan untuk kuah percik:
 
3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering (Sal guna cili boh je)
8-10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa

Cara Masak:

Untuk Ayam:
  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Untuk Kuah:
  1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  2. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Tips: Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.
Dan hasilnya lepas Sal cuba…………ni gambar selepas bakar
Dan yang ni pulak bersama dengan kuah….
Ayam percik mudah
Percubaan pertama Sal gak ni…senang je ha….ace try oke !!
Sumber: IResipi

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari