Mood bulan puasa ni macam biasa la….Sal masuk dapur je…semalam terlewat balik lagi…sabar je la…sebelum tu sambil buat keja…kepala dok ligat fikir nak buat kuih apa…sambil jeling jeling jam yang dah hampir ke pukul 6…sobs..sobs..
Sangat kelam kabut…tapi Sal gigihkan jugak buat donut…sepantas kilat sebab bahan bahan pun dok ada kat dapur…cuma nak uli je…lagipun anak anak memang suka makan donut…alang alang buat lebih sikit…so boleh simpan separuh untuk goreng kemudian…
Korang pun boleh buat cuma Sal nak cepat…so takde lah perap lama sangat tapi hasilnya not bad gak…lembut dan sedang elok naiknyer….mula tu risau gak…takut keras…Alhamdulillah….syukur jadi….
Resepi pun Sal google gak…jom la try buat….mudah dan ringkas
Bahan-Bahan:
1 paket yis kering*
2 sudu susu pekat*
1 cawan air suam*
2 sudu gula*
*campurkan bahan bahan ni dan biarkan kembang sekejap
Sambil tu kita pulun uli buat bahan ni pulak…..
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara-cara:
Ramaskan bahan bahan ni hingga jadi macam serbuk roti…kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata
Biarkan selama 1 jam…tapi Sal nak cepat…Sal perap 45 minit je… Pastikan bekas ditutup ye..
Adunan memang lembik sikit tapi jangan risau ye.. jangan tambah tepung pulak ye….keras jadinya…
Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin…. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap…. Sal pakai terap segera…mudah dan cepat…nak buat bagai kang takut tak sempat…waktu berbuka dah hampir…kira macam waktu kecemasan dah ni…hehehe
Akhir sekali…. biarkan selama 30 minit donut yang telah diterap.. Lepas tu boleh dah goreng….
Cuba….jangan tak cuba ya…

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari