| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila bulan puasa ni , macam biasa penuh entri dengan menu .  Sal macam biasa la suka try and error . Contoh baru ni , Sal try buat seri muka tapi sayangnya tak berapa menjadi tapi takpe Sal akan buat jugak lain hari . Tak puas hati rasa bila tak menjadi . Biasala orang pompuan ni , mana nak mengalah . So Sal nak try buat talam gula merah sedap loyang kecil .

Kita Cuba Talam Gula Merah Sedap Loyang Kecil

Dan untuk kesekian kalinya Sal try buat Talam Gula Merah , buat dalam loyang kecik je sebab takut tak menjadikkkkk heheheh . Memula tu berat jugak hati nak buat yelah , ingatkan susah benor .
Rupanya mudah sangat dan serba ringkas bahan bahannyer . Semalam kebetulan balik opis lewat so tabahkan hati jugakla buat . Ingatkan tak sempat dah , dan masa mula mula nak kukus tu risau gak takut bahagian atas merekah .
Talam ni sebenarnya agak sensitif kalau tak kena caranya dan Alhamdulillah , akhirnya jadi jugak . Meh nak share sikit pic .
Talam Gula Merah Sedap Loyang Kecil

 

Talam Gula Merah Sedap Loyang Kecil
Sal sertakan resepi sekali untuk korang try jugak:
Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah
(1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak dan sejukkan
2 cawan santan cair

 

Lapisan Atas:
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
Campur semua bahan dan panaskan sebentar.. sentiasa dikacau… sekadar panaskan sahaja dan diingatkan jangan sampai adunan bergentel
Cara cara:
Sapu sedikit minyak ke atas loyang dan masukkan lapisan bawah dulu
Kukus 10-15 minit
Lepas lapisan bawah masak dan agar keras sedikit…gunakan garfu dan lorekkan sedikit atas permukaan lapisan gula merah tu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas dan kukus hingga masak , Sal kukus dalam 20 minit .

*Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul betul sejuk baru boleh dipotong.

Mudahkan ??