| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Kebiasaan bagi kaum ibu ibu atau wanita dah mula dok terfikir di petang nan indah ni nak buat menu apa untuk berbuka puasa. Gitulah jugak dengan Sal ni haaa. Pening gak kepala. Kadang tu buntu tapi tetap buat. Ikut yang mana dan kan. Time bulan puasa ni jugaklah Sal berusaha mencungkil bakat yang. Heeheee ade ker dik non ?? Pada Sal masak ni mudah cuma kena tengok mood , kalau kelaut tu faham faham la kan . Meh Sal nak sharing sikit kuih yang sempat Sal buat kelmarin iaitu Kuih Bom Mudah…Lembut….Sedap….

Cukup senang dan simple. Bila ada bahan … mudah kita nak buat. Kalau tak serabut la jugak. Resepi penuh Sal ambil di Blog Kak Azie Kitchen cuma inti Sal tukar pada kelapa sebab Sal suka lagi inti kelapa … selera masing masing kan . Mula tu teragak jugakla nak buat , tapi tetap nak cuba . Dan bila dah try , seriously memang kuih bom tu jadi lembut dan sedap . Follow step yang sangat mudah dan jangan skip ya .. dan sila buat dengan penuh kasih sayang , heeehee

Resepi penuh kuih bom mudah … lembut … sedap 

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya – untuk salut
Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya. Untuk inti Sal guna kelapa putih dimasak dengan air gula melaka … cuma inti ni Sal buat sehari sebelum. Buat stok sebab senang nak buat kuih lain pulak menggunakan inti kelapa.

 

Dan Kak Azie sempat berpesan … katanya:

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan intinya. Seandainya terus goreng selepas buat … sure kuih bom mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta ‘meletup’. Kuih tak cantik dan tak garing. Sebaiknya buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Bila nak makan petang .. buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.

Mudahkan ?? Selamat Mencuba

Kuih Bom Mudah…Lembut….Sedap…
sedap dimakan waktu panas….