| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Alhamdulillah , syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dapat juga Sal bertemu Ramadan, bulan yang penuh keberkatan . Rasanya tak terlewat lagi kan nak ucapkan Salam Ramadan 1438H pada semua yang mengenali Sal . Lama sungguhla tak menaip entry kat sini ….Rindu sangat tapi tiada daya . Masa mengatasi segalanya . Keinginan tu ada , banyak je perkara yang boleh dikongsikan . Insha Allah.

Bulan Ramadan . KedatanganMu amat dinantikan dan pemergianMu pasti ditangisi . Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Orang yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mnegharap pahala akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu

Umat Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan 4 perkara iaitu (Hadis Riwayat Ibn Khuzaymah, al-Bayhaqi & Ibn Hibban) :

  • Syahadah
  • Istighfar
  • Memohon masuk syurga
  • Memohon diselamatkan daripada azab api nerakaSalam Ramadan 1438H

Dan jangan sesekali kita lupakan hubungan sesama manusia ya … maksudnya disini kita jangan lupa memperbanyakkan amalan bersedekah . Pelbagai jenis bantuan boleh kita salurkan … baik dalam bentuk duit ataupun khidmat . Zakat jangan dilupakan ya sahabat sekalian.

BACA JUGA: Pabila Ramadan Meninggalkan Kita

Teringat Sal masa zaman kanak kanak . Bertukar tukar juadah menjadi amalan dan secara tak langsung mengeratkan lagi ukhuwah sesama umat Islam . Tapi berbeza dengan zaman sekarang ni … ada yang bawak keluarag atau kenalan berbuka di restoren … menaja berbuka di masjid atau surau . Zaman semakin berubah namun dalam apa jua keadaan … hakikat kejadian manusia perlu kembali kepada penciptaNya yang satu.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Allah menerima ibadah kita .