| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang Pernah Lalu Balik Sekolah Lama Bila Balik Kampung ??

Korang … selama dah jadi parents ni kan atau adik adik yang tengah sambung study tu pernah tak singgah kat sekolah lama ?? kenapa pulak Sal tanya ek ? Sebab baru ni kan masa balik kampung cuti raya, Sal sempat singgah sekolah rendah lama . Rindu giler dengan suasana sekolah . Nak tu sekolah rendah … zaman hingusan gitu … teringat betul zaman selekeh.. hehehe… Sekolah Othman Syawal, Kuala Sungai Baru atau singakatannya kitorang panggil ‘SKOS’ bukan la sekolah rendah pertama Sal . Banyak kenangan tau Bila Lalu di Sekolah Lama Ibu ni …

Hidup pindah randah betul atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Best gak bila pindah … dapat ramai kawan baru . Nasib jugak tahun tu belum lagi nak hadap exam penting . At least dapat jugak suaikan diri dengan suasana baru . Sekolah dengan susasan kampung sangat tenang dan no wonder keputusan anak anak yang datang dari kampung ramai yang cemerlang .

Syok gak sekolah SKOS ni . Ada 2 bangunan dipisahkan dengan jalan utama … jalan kampung . Kami dibahagikan by tahap tak silap … tahap 1 dan tahap 2. aissyyyy … dah bukak story pasal sekolah pulak . Bikin mengimbas kenangan lama pulak kang … hehehe . Cikgu pun semua baik belaka dan paling dinantikan adalah cikgu cikgu maktab . Syok sebabkan dapat hadiah sebab cikgu maktab ni sangat rajinbagi kami hadiah atau ‘habuan’ bila dapat jawab kuiz atau menang any pertandingan .

BACA JUGA: Pra Sekolah Beri Pelbagai Pendedahan

Sempat jugakla Sal bisik dengan anak anak … ” Ni sekolah lama ibu tau ” … Memula tercengang gak anak anak. Dah explain bagai baru nak faham . Anak anak happy sakan siap nak bergambar depan sekolah. So Mr Hubby layan kan je . Tak sempat Sal nak bergambar kenangan sekali . Nak suruh bergambar pandang kamera pun payah … tapi dapat jugakla untuk buat kenangan .

Next time maybe.

Inshaa Allah.

Bila Lalu di Sekolah Lama Ibu ...
Payah betul nak tengok camera anak-anak ibu