| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Sapa ada masalah kulit berminyak ?? Sal pun kadang kadang ada jugak … nak nak bila dok berpanas atau duduk di luar kawasan opis lama sangat. Maka ter’undangla minyak yang tidak diingini . Tak suka sangat sebab bila berminyak mula la Miss ‘J’ bertandang. Oh Tidak !! so untuk mengelakkan kejadian ‘membulankan muka’ muncul … better kita cegah secepat yang boleh . Korang ada tips atau cara  atasi kulit berminyak tak ??

Ada beberapa tips yang Sal perolehi hasil daripada pembacaan iaitu:

Ø Cuci Muka : Sangat penting ya kawan kawan. Cari pencuci atau produk muka yang bersesuaian. Kaji dulu kulit muka tu … jenis sensitif ke , normal , combination. Sila jangan main belasah !! Memadai cuci 2 x sehari. Jangan terlalu kerap takut terhakis lapisan kulit muka.

Ø Minum Air Kosong : Ingat sifir 2 Liter sehari … hehehe. Part ni pun kekadang Sal ter’skip jugak. Minum air masak yang banyak boleh jaga metabolisme badan. Kandungan air yang banyak dalam tubuh badan mampu mengekalkan kelembapan dan dapat menghalang penghasilan minyak yang berlebihan.

Ø Air Suam : Ambil sehelai tuala muka yang bersih dan celupkan dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Tekapkan secara perlahan ke muka dan biarkan tuala sampai sejuk. Air suam dapat membuka pori dan garam pulak akan keluarkan kekotoran yang melekat pada muka.

Ø Putih Telur : Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur, pukul sedikit sampai nampak buih dan sapu di muka. Biar sampai kering seketika. Bilas dengan air suam. Yang ni Sal tak pernah try lagi sebab tak tahan dengan bau hanyir telur.

Ø Lemon : Perah lemon ke dalam mangkuk kecil. Campurkan sedikit dengan madu dan sapu di muka. Seandainya rajin … boleh jugak minum air lemon suam yang ditambah dengan sedikit madu. Berkhasiat untuk membersihkan diri dari dalam. Ni memang Sal amalkan.

Ø Sayur Kubis : Ambil sedikit kubis dan tumbuk hingga hancur. Oleskan pada muka, jadikan sebagai masker.  Biarkan dalam 20 minit dan bilas muka dengan air bersih. Amalkan 2 kali minggu.Inshaa Allah kulit akan sentiasa lembap, berseri dan halus. Sesuai sangat untuk kulit muka kasar dan kering.

Mudah kan ?? sebenarnya tak perlu pun pakai produk yang mahal mahal. Secara alami pun boleh tapi kena rajin. Bila sifat ‘M’ mengatasi segalanya … apapun tak jadi.

cara atasi kulit berminyak
Me’modelkan diri sendiri je la ye