Assalamualaikum Sahabat !!

Korang pernah dengar tak pasal Stevia ?? Sebelum ni Sal tak pernah gak tau …sampai la satu ketika Sal terdengar khasiatnya dan Sal beli untuk Mak sebab Mak ada kencing manis. Syukur Alhamdulillah … sampai ke harini bacaan kencing manis Mak terkawal setiap kali jumpa doktor. Dan Sal sendiri ada gak amalkan pengambilan Stevia cuma tak konsisten je … hehehe. Dan harini Sal nak kongsikan skit mengenai Stevia sebagai peringatan diri sendiri dan bersama sahabat sahabat yang dikasihi dengan harapan lepas ni Sal akan terus fokus untuk konsisten demi kesihatan diri.

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai  penambah perasa manis dalam makanan dan minuman.

Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat. Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular.

Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu.

Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga – empat titisan ke dalam makanan atau minuman. Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Agak nyer kan… Boleh ke nak elak penyakit kencing manis ni ?? Sebenarnya ada beberapa cara:

  • Kurangkan pengambilan gula harian
  • Kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari
  • Jangan lupa minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter. Part ni rasa semua dah tau kan .. ye dak ??

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Caranya ??? Jangan susah hati .. sebab ada produk yang boleh menggantikan kadar penggambilan gula seharian anda. HALAL ke?? ada sijil KKM ?? Jangan risau okey … ia Dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C.

Mahal tak produk ni ?? Aissshhhh tak kan nak berkira demi kesihatan kan …

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Produk STEEVYA dijual pada harga yang amat berpatutan. Hanya RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 – 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga).

Penerangan lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net
Nak beli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com
Kiranya masih sempat lagi untuk kita semua ‘cegah sebelum rawat’. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan dan jangan lupa kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.

TESTIMONI STEEVYA




Moga manfaat ya perkongsian Sal ni !!

Sumber: IKU , indexmundimedicalnewstoday