| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Harap semuanya sihat selalu ya … nak nak di musim perayaan ni. Jaga pemakanan anda nanti terlebih pulak dan mula rasa susah hati . Pagi ni bila terbaca artikel tentang McDonald’s Konsep Baru Di Malaysia – Harian Metro Online , kagum Sal dengan kejayaan En. Azmir Jaafar yang menguruskan 260 restoran McDonald’s di seluruh Malaysia .

Sejumlah 145 adalah restoran bersendirian yang mempunyai semua fasiliti yang amat bersesuaian dengan kehendak pelanggan yang telah berkeluarga. Kerjaya En Azmir bermula sebagai pelatih pengurusan sekitar tahun1992 dan berjaya menjadi pengurus restoran setahun kemudian. Berkat usaha dan fokus beliau perlu dicontohi golongan belia sekarang. Sal pernah gak buat part time masa cuti semester … zaman muda remaja … heehee

McDonald's Konsep Baru di Malaysia
McDonald’s lokasi di Madinah

En Azmir sempat berkongsi pengalaman …

“Saya kembali ke restoran untuk menjalani latihan semula selama enam bulan dan kru yang lebih muda tidak mengenali saya dan bertanya cukupkah nak tanggung keluarga apabila bekerja sebagai kru? so  sape kata takleh berjaya bila keja McDonald’s kan. Janji ada kesungguhan !!

Bila ada masa terluang dan follow permintaan anak anak … Sal singgah jugak McDonald’s. Sebab utama keselesaan dan ada ruang permainan kanak kanak. Tak la anak anak resah lari ke sana ke mari dan Sal pun tak berapa nak bimbang tentang keselamatan anak anak.

Diam tak diam wujud juga program pertukaran antara McDonald’s Malaysia dan Arab Saudi – Jeddah, Madinah dan Makkah. Masih diperingkat perbincangan dimana kru dan pelatih pengurusan yang berkerja McDonald’s dari Malaysia bekerja di Arab Saudi untuk tempoh beberapa tahun agar dapat berkongsi pengalaman dan bertukar maklumat. Syok jugak bila pelunag gini ada dan dapat merasa duduk di negara orang.

Uniknya, McDonald’s Arab Saudi turut menekankan konsep ketelusan di mana pelanggan boleh lihat sendiri apa yang dilakukan di dapur restoran melalui pelaksanaan program Open Door setiap Ahad hingga Rabu dari jam 4 hingga 6 petang . Bagus betul. Agak agak di Malaysia nak buat tak konsep gini ???

Moga usaha En Azmir dalam penambahbaikan dan memperhebatkan servis  McDonald’s dipermudahkan. Dalam tempoh 10 tahun lagi,  200 restoran baru termasuk restoran bersendirian yang mempunyai bilik parti … menu Happy Meals … zon ruang makan berbeza untuk bujang dan keluarga serta tempat permainan kanak-kanak akan kelak akan disediakan. Inshaa Allah … 

McDonald's Konsep Baru di Malaysia
cantik dan selesa … ruang makan khas untuk keluarga

Sumber & Gambar: My Metro