Salam Syawal 1438H Aidilfitri 2017 – Salam Lebaran buat semua teman blogger Sal . Alhamdulillah dapat jua kita bersua di bulan Syawal nan Mulia. Kesyukuran dipanjatkan padaMu Ya ALLAH .

Salam Syawal 1438H Aidilfitri 2017 Dari Kami Seisi Keluarga

Bila sebut Raya banyak sangat memori manis yang ingin Sal kongsikan . Pelbagai ragam dan kerenah yang boleh kita jumpa especially keletah anak anak . Yelah  , bila dah ramai tu faham je la . Masing masing nak mintak perhatian . Sabar je la .

Teringat kisah nak packing baju bagai sampai berminggu minggu Sal take time . Beg baju toksah cakap la 2 butir besar . 1 beg sumbat 3 beradik dan 1 lagi Sal , Mr Hubby … baby. Bila angkat tu diaaaa … berat semacam. Biasala mak mak ni bila balik kampung kalau boleh semua nak bawak balik kan. Bukan apa, Sal terfikir dibuatnya hujan ke masa Raya … ‘sedia baju sebelum kehabisan’ hikhikhik …

Persiapan Sebelum Syawal 1438H Aidilfitri 2017

Persiapan Sal untuk family tahun ni macam biasa . Keperluan anak anak didahulukan … dah settle anak anak barulah lega nak cari baju Sal dan Mr Hubby. Pilihan tema color Syawal tahun ni pun malas gak nak pilih sebenarnya … asalkan ada size baju melayu untuk anak anak & Mr Hubby … Sal dah bersyukur sangat . Awal dah Sal cari sebab takut size habis.

Destinasi balik kampung … ermmmm Sal & Mr Hubby sehaluan ke arah Selatan >> Melaka & Johor. So memang sepakat balik Johor baru balik Melaka. Settle !! hehehe

Las but not least … Alhamdulillah raya tahun ni dapat jugak la Sal bergambar sekeluarga. Agak payahla jugak sebenarnya nak suruh anak anak fokus … duduk diam diam untuk bergambar. Sekejap pun amatlah sukar … nak nangis rasa … huhuhu.  Sabar je la jawabnya.

Salam Syawal 1438H Aidilfitri 2017
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin