Assalamualaikum Sahabat !!

Sambutan Kemerdekaan baru je kita sambut bulan lepas kan ? Dalam tak diam dah nak masuk bulan Oktober . Cepat betul masa berlalu . Dan sempena bulan kemerdekaan tahun ni , ada sesuatu yang  Sal baru belajar . Bila anak dah sekolah , mesti ada buat program ‘ Sambutan Kemerdekaan ‘ . Haaa .. ni yang Sal nak share .

Ada satu hari tu kan , Khalish balik sekolah pastu mintak dibuat kan baju dari kain bendera Malaysia . Oh Anak !! Ibunya mana pandai menjahit on the spot … waduhhhh . Bila anak mintak sesuatu , sebagai ibu mesti nak adakan jugak . Hati mak mak sangat kan Sal ni .. huuuhu . Seriously , bila anak mintak Sal jenis tak sampai hati . Mr Hubby selalu tegur sebab ikutkan sangat kemahuan anak . Hehehe… guane ?? Sabar je la kan .

Mula la pencarian Sal di ‘ google ‘ . Kot la ada yang jual dah siap jahit atau ada yang sudi jahitkan walhal masa Khalish bagitau tu kan , 2 hari sebelum program . Korang boleh agak tak perasaan Sal time tu . Doa tu toksah cakap la .. tak berenti . Moga ada insan yang sudi hulurkan bantuan untuk jahit walaupun Sal dah dapat agak . Bayangla 2 hari sebelum , sape sanggup ?

Rupanya kan , dalam pada Sal dok google tu .. punya la banyak baju bendera yang dijual untuk diperagakan oleh anak anak sempena sambutan kemerdekaan . Baik dari kain bendera tu sendiri ataupun dari jenis t’shirt yang direka khas . Macam macam fesyen , cumanya kena tempah awal la . Ada tu ada , jauh pulak nak post dan mungkin tak dapat nak sampai dalam masa 2 hari . Mencabar betul rasa .

Dipendekkan citer , kebetulan Khalish ada kawan baik , kembar dan ibu kembar sudi buatkan baju bendera untuk Khalish . Syukur Alhamdulillah . Nak nangis rasa time tu . Rezeki anak anak . Lepas hajat Khalish nak masuk pertandingan peragaan baju sempena Hari Kemerdekaan . Jangan kata Khalish , Sal tempahkan sekali untuk Khilfi dan Khalaf . Punya la suka anak anak .

Tiap anak itu punyai rezeki yang berbeza . Sebagai ibu jangan henti berdoa ya !