Assalamualaikum Sahabat !!

Siapa tak sayang anak kan ? Nyawa dan melebihi segalanya .Pada Sal la .. tapi maybe antara kita sedar atau tak kadang tu kita agak teralit pegang fone depan anak anak . Sal sendiri mengaku tambah keja Sal memang bergantung dengan keperluan fone dan Sal jugak sedar Ibu Bapa Perlu Bijak Kawal Handphone Depan Anak . Allahu …

Serasa Sal pernah la jugak Khalish bersuara ..

Ibu boleh je pegang fone … kenapa saya tak boleh pulak ???

Setiap Ibu Bapa Wajib Simpan Telefon Seketika

Sebab utama , bila dia tak dapat pegang fone untuk tengok youtube . Dan baru ni bila Sal terbaca dalam satu artikel .. jika kita sayang anak kita , tinggalkan handphone untuk sementara waktu . Bermaksud , fokus pada anak anak . Tertarik Sal nak kongsikan sebab  ada dinyatakan kenapa setiap mak ayah ni WAJIB simpan handphone.

Antaranya:

1. Penggunaan handphone secara berlebihan depan anak anak akan menyebabkan anak rasa diri mereka kurang penting . Dan memang terbukti melalui kajian yang dijalankan oleh Stener-Adair(seorang penyelidik) terhadap 1000 kanak kanak yang berusia antara 4 hingga18 tahun . Ibu bapa yang leka dengan handphone ketika bersama anak anak akan memberi mesej yang ibu bapa tak berminat dengan mereka .  Bila ditanya kembali dengan anak anak tersebut, pandangan mereka terhadap perbuatan mak ayah yang terlalu asyik dengan handphone , ada yang marah ,sedih , berasa sunyi , bosan . Kena ingat , anak anak juga perlu dijaga perasaan mereka .

2. Jika mak ayah keterlaluan mengadap handphone depan anak anak , mereka berpotensi untuk meragam sebab nak kan perhatian.Yelah ..budak budak kan . Macam anak anak Sal memang takleh tengok kelibat Sal langsung . Mesti nak mintak dukung . Masa untukbermanja kekdahnya . Sabar je la kan .. hehehe . Dalam kajian Dr Jenny Radesky , dalam tinjauan yang dilakukan , anak anak yang mak ayah terlalu asyik dengan hanphone  sentiasa meragam berbanding dengan mak ayah yang memberi fokus dan sering berinteraksi dengan anak anak secara ‘face to face’ .

3. Dan yang paling Sal takuti , perkembangan anak anak akan terbantut . Anak anak memang sering belajar dari mak ayah kan . Tutur kata , mimik muka , bahasa melalui perbualan .. semuanya anak anak belajar dari mak ayah kan . Tanpa kita sedar atau tidak je sebenarnya . Bila mak ayah asyik melekat dengan skrin handphone , hilang dah ‘role model’ anak anak . Perkembangan sosial anak anak terbantut dan mungkin jugaakan menyebabkan anak anak akan lebih suka menyendiri .

So .. lebih baik mencegah dari merawat kan ? Sal paling suka dengar bila anak bercerita kisah di sekolah . Penuh perasaan dan kita sebagai mak ayah bila anak bercerita tapi dengar tak dengar atau tak ambik kisah .. mesti anak akan rasa ‘something’. Jadinya ,alangkan kita pun bila bercerita .. orang yang nak dengar acuh tak acuh .. kita dah tarik muka . Ni kan pulak anak anak yang sememangnya rapat dengan kita . Nanti esok esok bila anak anak dah besar , selalu buat tak dengar apa yang kita cakap atau suruh .. jangan marah tau . Sebab dia dah belajar dari kecik lagi.

Fikir fikirlah ,  Tak rugi pun !!