Assalamualaikum Sahabat !!

Terpaksa bersiaran petang sebab ada permasalahan yang tak dapat dielakkan berlaku pagi tadi . Nasib baik mood ber’blogging masih ada . hehehe .. kenapa ek Sal kata gitu , sebab sebelum ni memang tak sempat langsung nak sentuh . Bukan tak nak .. bila kita dah terbiasa update entri , agak janggal bila tak buat . Rasa kosong sesangat . Tapi , apakan daya , ada sesuatu yang lebih mustahak perlu diutamakan  dan Sal nak share Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika …

Dan kini , rasa tenang setenangnya nak kembali ‘ meluahkan rasa hati ‘ di blog kesayangan Sal . Giler tak sayang .. punyala bertahun buat ..dan beberapa kali jugak la tukar nama blog .. huhuhu . Kalah retis kan ! ialahhh … bukan senang nak cipta identiti sendiri . Syukur sangat sebab Sal dikelilingi dengan rakanrakan blogger dari ‘Kelab Blogger Ben Ashaari ‘ a.k.a #KBBA9 yang hebat dan tak pernah lokek ilmu nak share tips ! Bagi semangat ! nak nangis rasa …. R . I . N . D . U !! Pada yang terbaca , mungkin akan faham .

Antara Blog dan Impian , Mana Lebih Penting .. Mood Update Blog Terhenti Seketika

Demi melunaskan cita cita , Sal korbankan seketika masa untuk blog . Undur diri kejap dari mengaktifkan diri dari aktiviti kelab . Sal inform secara baik dengan ‘ big bos ‘ KBBA9 . Idak le blah gitu je kan . Tak baik buat gitu , better terus terang . Explain !! Bila hati dah tenang , Sal concentrate dengan study . Bukan gi mana pun , cuma sambung study . Bila sambung belajar part time ni … sambil kerja , adoiiii agak giler la jugak ! Mana dengan family lagi . Uruskan anak anak . Sangat mencabar tapi dah ‘ alang alang menyeluk pekasam ‘ . Redah jugak laaaa

Dan bak kata pepatah ‘ yang pahit akan manis jua akhirnya ‘. Berkat kesabaran dan kecekalan , dari anak 2 sampai 4 . Tamat jugaklah study Sal . Syukur Ya Allah . Ada jugak timbul perasaan nak ‘ menyerah ‘ tetengah semester tu . Rasa takleh dah nak teruskan … seriously !! Mana dengan LIMA’17 lagi  . Time tu program keje melambak lambak . Supervisor dah ‘ push ‘ suh settle kan project paper . Allahu Rabbi . Macam kepala ni dah kena lenyek dengan batu besar !!

Andai tiada kesabaran .. sokongan buddy course .. Mr Hubby .. pastu kenangkan anak anak .. lama dah ‘terbengkalai’ . Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan . Dan Sal berbalik pada yang SATU . Dalam apa jua yang kita lakukan , jangan sesekali kita lupakan DIA . Tak kira waktu sekalipun . SENANG . SUSAH !

Kenapa Mood Update Blog Terhenti Seketika
Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya…Istiqamah dan Tawakal

Kembali Aktifkan Diri Ber’Bloging

Bila semua urusan study settle , Sal mula mencari ilmu dalam bidang blog pulak , yelah .. dunia blogging ni luas so kita kena pandai ‘cari jalan’ dan jangan sesekali tersilap langkah ya !! Makanya terjawabla sudah kenapa mood update blog terhenti seketika …