Assalamualaikum Sahabat !!

Lama sangat dah otak tepu .. tapi sikit pun tak patahkan semangat Sal untuk teruskan ‘perjuangan’dalam dunia blog . Mood macam biasa , ada pasang surut dan harap lepas ni tak la surut terus . hehehehe … best sebenarnya dunia blogging ni . Nak .. bila kita ada kelab . Contoh macam Sal masuk Kelab Blogger Ben Ashaari . Makin bertambah kenalan dan kita dah macam adik beradik dalam satu keluarga . Cuma ada seketika Sal terpaksa ‘lupakan’ sekejap dunia blogging atas beberapa komitmen lain . Ok la stop story pasal mood blogging .

Harini Sal nak berkongsi story lawatan Pra Sekolah Khaleef . Bulan lepas Pra buat lawatan ke kilang coklat dan biskut . Anak anak sekarang sangat bertuah , kekecik dah pegi rombongan . Lain sangat dengan zaman Sal . Yelah , mana nak sama kan . ‘Dulu lain , sekarang lain’ . Masa lawatan tu sempat jugakla Sal mintak Teacher Rohaya snap gambar . Bukan apa , tuk buat kenangan . Jadi la kan  dan sambil tu nak jugak tengok aktiviti Khaleef masa  lawatan . Sebabkan , dalam hati ni ada gak tertanya . Ok ke Khaleef sepanjang lawatan ??

Alhamdulillah , Teacher Rohaya kata mengikut arahan dan mampu memberikan kerjasama yang amat baik . Seronok tengok aksi Chef Khaleef buat biskut . Bila dipakaikan topi Chef tu . Comel !! Macam tak percaya pun ada gak . Lepas ni boleh ajak Khaleef masuk dapur . Takut ibu je tak tahan nak melayan nanti , kaaannn .

Anak anak Pra diberi dough untuk buat biskut sendiri . Kebetulan Khaleef memang dari kecik suka main play dough tu ha . Sure la kesukaan !! Setiap murid Pra diberi sekotak biskut yang dibuat masa lawatan . Sempat la ibu tengok hasil tangan anak ibu . Cute !!

Ceria sungguh !! Moga ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan dimanfaatkan ye anak ibu !! Time balik ibu tunggu .. rutin macam biasa kan.. terpancar kegembiraan pada wajah Khaleef . Banyak betul bawak buah tangan balik untuk ibu , papa , along , uda & nenek. Terima kasih sayang ibu .

Bila anak happy . Ibu pun gitu la jugak !!