Assalamualaikum Sahabat !!

Harap semuanya sihat ye harini .. Sal macam biasa , minggu keja ni dah macam ‘robot’ . Settle anak anak sekolah , jadi ‘buk supir’ la . Namun , chewahhhh bila tengok muka anak anak , segala kepenatan itu hilang . Tambah bila anak ketawa mengekek . Setuju tak mommy ?? Kekuatan seorang ibu terletak pada anak anak ! Pandangan peribadi Sal semata tau .. lain orang mungkin ada maksud tersendiri .

Bila badan dah penat , kadang tu nak buat apa pun agak malas . Lesu sesangat  tapi tak kan tak masuk dapur pulak . Kang dapur tak berasap . Jadinya .. untuk atasi kelesuan , Sal amalkan Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) . Kunyit ni banyak khasiat nya untuk dalaman dan luaran wanita . Tapi yang uniknya ,   JAKM yang Sal consume ni … kaum lelaki dan anak dara pun boleh amalkan . Bestkan !!

Cara makan senang sangat , tiap hari  sebelum breakfast dan makan malam Sal minum .. jangan banyak ya . 60ML je. Sal memang sukat guna botol susu anak yang dah tak pakai  .. huhuhu . Ikut hati memang sebotol boleh habis … sebab sedap !! Tak rasa kunyit langsung .. masam  manis .  Boleh diminum sejuk atau suam. Untuk kesegaran berterusan , Sal simpan dalam peti sejuk . Kesegaran akan kekal selama 2 hingga 4 minggu.

Korang ni tahu ke tak khasiat kunyit ? Dari dalaman , JAKM bersifat ‘mencuci’ dan hasilnya akan nampak di luaran . Bukan Sal nak kata apa , kita ni perempuan memang  banyak kena ‘invest’ untuk part penjagaan badan . Baik dalaman atau luaran . Yang penting dalaman dulu ya mommy . Bila dalaman dah cantik .. automatik akan nampak luaran . Tak perlu dah nak tepek kat muka ‘berkilo’ krim . Neutral saja sudah ! Adoiii banyak lak membebel .. Sal cuma nak share , JAKM ni bukan jus kunyit semata ya .. yang macam mak bidan dulu buat masa dalam pantang . Kalau yang tu tak boleh nak amal selalu sangat sebab panas dan ‘mengeringkan’ . Dalam pantang , ok la , cuma takut lepas pantang tu ermmm … boleh memudaratkan dalaman wanita . 

JAKM ni  ‘homemade’ , tanpa bahan pengawet dan 100% di masak menggunakan bahan  tradisional seperti  ibu kunyit , halia , asam jawa , temu kunci , madu , saffron , habbatussauda  dan gula melaka . Setiap ramuan tu ada manfaat yang tersendiri ,  meh baca jap untuk puaskan hati . Nanti idak la timbul keraguan bila minum:

  • Ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit dan anti bakteria.
  • Halia boleh mengeluarkan angin.
  • Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga , menghilangkan kelesuan dan letih badan.
  • Saffron bagus untuk penjagaan dan kecantikkan kulit.
  • Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Madu dapat meningkatkan daya ingatan , anti kanser , meningkatkan kesuburan suami isteri dan sebagai manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Bila Sal dah try , makanya banyak la angin yang keluar .Faham sendiri la ya maksud angin tu .. hehehehe . Badan rasa ringan dan bertenaga . Harap lepas ni ada perubahan pada berat badan . Waaahhhhh …sape tak nak badan solid kan . Selain dapat mengekalkan awet muda , JAKM juga dapat mengurangi lemak dalam badan , memperlambatkan proses penuaan dan melancarkan peredaran darah.

Untuk info berkenaan JAKM ni , atau kot ada pertanyaan lanjut, korang boleh singgah :

Facebook : https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

Instagram : https://www.instagram.com/i.am.anirza

HandPhone (Whatsapp) : 010 818 1796 /0193828369