Assalamualaikum Sahabat !!

Baru ni Sal sekeluarga berpeluang ke LEGOLAND .. lama tak ke sana . Last pegi dalam 3 tahun lepas dan masa tu pun Khalish & Khaleef kecik lagi . Alhamdulillah , rezeki . Kalini ajak jugak anak buah Mr Hubby untuk meramaikan ahli rombongan cik kiah . Cadangan Mr hubby sebenarnya . Terjebak dengan kumpul keratan akhbar Sinar Harian . Bukan susah pun , beli akhbar Sinar Harian dan untuk token percuma kena kumpulkan keratan logo berserta front page Sinar Harian . Modal senaskah Sinar Harian dalam RM1.20 . Hurmmm … memang berbaloi . Anak anak memang mengidam ajak ke LEGOLAND tapi tula .. modalnye yang membuatkan Sal agak berkira. Sape tak nak bawak anak ke sana kan . Bila ada promotion gini .. grab terus. Syukur !! Antara gambar kenangan yang sempat rakam di sana …

Gigih pegi weekend baru ni walaupun bukan cuti sekolah . Weekend lepas tak berani sebab cuti sekolah . Confirm ramai . Yang pegi baru ni punboleh tahan jugak kat pintu masuk Theme Park , ramai . Kalini tak dapat offer yang Combo . Pada Sal LEGOLAND ni yang best Taman Air . Mungkin sebab anakSal kecik lagi kot . Theme Park amat luas dan banyak jugak benda baru yang dibina compare dengan yang mula mula Sal datang . Tak sempat jugak nak explore semua tempat . Sian kat Khalish dan Khaleef . Bila dah besar ni syok jugak bawak sebab dah pandai bawak diri sendiri . Jangan tak tahu .. sampai terhilang anak Sal kalini . Khaleef dan Khalaf ter’ lost tiba tiba . Haru !! Next entry Sal story ya !!

Jom layan aksi Khalish .. Khaleef .. Khalaf .. ni je yang sempat pun

Dapat la Khalish merasa Robotic Class . Sal ingatkan senang . Fokus betul dia sampai cik adik @ petugas yang dok ngajar dia panggil cikgu. Sempat gak Khalish contest , berani dah . Rezeki dia bila pihak LEGOLAND ada anjurkan contest on the spot . Tak sempat Sal nak tengok sebab dok jaga Khaleef . Inshaa Allah jika ada rezeki memang niat nak bawak lagi anak anak . Khalish dah mintak sebab ada tempat yang dia nak sangat masuk . Kena plan balik . Maybe next trip datang hari Ahad . Harap tak ramai sangat time tu .

Moga ada rezeki anak anak Sal . Aamiin !!