Assalamualaikum Sahabat !!

Korang gi mana long weekend baru ni ? Lama jugakkan cuti … 3 hari tu . Kekadang agak pening fikir nak bawak anak anak jalan . Nak keluar dari KL , Sal fikir ‘ costing ‘ pulak . Nak kena redah kesesakan jalan lagi . Hurmmmm …tak semestinya kena jalan jauh … apa kata kita buat Percutian Santai di PARKROYAL Kuala Lumpur .

Fikiran jauh melayang … tangan dok laju Google . Sesekali teringin nak ajak Mr Hubby lepak santai sambil makan makan dengan anak anak . Khalish dan Khilfi pun dah pandai makan sekarang ni . Seronok rasa bila anak makin membesar . Tetiba Sal teringat promo hujung minggu (Jumaat malam dan Sabtu malam) – Buffet Dinner kat Chatz Brasserie , PARKROYAL hotel . Sape tak suka promo kan …kat hotel lak tu . Bukan selalu pun .

Dari plan nak lepak makan dinner kat Chatz Brasserie , tetiba tangan ni gatal la pulak explore , duk ushar harga bilik bilik di PARKROYAL . Huhuhuhu biasala pompuankan … terserlah keinginan di situ . Bukan apa , tanpa sedar macam ada yang suruh ‘book’ .. di bawah separa sedar . Jangan marah ya Mr Hubby . Hahaha … umpama dipukau , banyak tul alasan kan ? Dah namaya “Ter”. Maksudnya tak sengaja tau.

PARKROYAL Kuala Lumpur

Meh nak share pasal ROYALPARK Hotel . Sal ni memang suka amik tahu sebelum nak menginap . Senang sikit bila kita dah tahu sedikit sebanyak tentang hotel yang kita duduk .   Terletak di Jalan Sultan Ismail,Bukit Bintang . Kawasan ni amat strategik . Dekat dengan ‘public transport’ iaitu Bukit Bintang Monorail Station dan Imbi Monorail Station. Andai kata nak ke tempat lain , mudahla sangat . Tak perlu nak bersesak lagi atas jalan !

Sal plan nak amik bilik superior …. antara bilik paling murah kat hotel ni . Bilik luas dan berkonsep moden . Sangat selesa dengan keluasan bilik 23 kaki persegi. Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik ialah katil queen size , executive work desk , bathrobe besar , slippers , hairdryer . Lengkap dah ni tapi …ada lagi tau macam complimentary wired .. wireless high-speed untuk akses internet . Paling best , iron dan ironing board pun ada … iron dengan perempuan ‘ berpisah tiada ’ . Sangat tak boleh wooo .. kang tudung komot, tak comey . Setuju tak para ibu ? hehe

Kemudahan asas lain macam LCD TV (32 inch) , minibar , air mineral , coffee , tea turut disediakan untuk tetamu yang menginap . Tapikan , untuk keselesaan anak anak . Sal macam nak book Deluxe Room atau  Deluxe Double Room atau up sikit Family Suite. Adddoiiii … mana satu eh .. ?? Pada mereka yang berkemampuan lebih , to enhance their stay, haaaa boleh la booking bilik Orchid Club. Nikmati PARKROYAL features exclusive privileges dan benefits, termasuklah priority semasa check-in, gourmet breakfast dan all-day refreshments di Orchid Club Lounge. Wishlist !! Sure lepas ni tagline yang Sal pegang ‘Menginap di Parkroyal Kuala Lumpur memang best’

Shopping Mall

Antara aktiviti lain yang Sal plan nak buat lepas check-in kat ROYALPARK adalah shopping !! Rutin biasa la ni kan . Motif nak cari toys untuk anak anak . Dah jadi kebiasaan , anak anak Sal mesti nak cari toys punya . Tak jauh dari hotel ada Lot 10. Tak kan takmo gi sebab sebelah pintu je. Andai kata tak puas round , kita jejak pulak kat Pavilion . Tak jauh jugak , jalan kaki pun boleh dari hotel sambil exercise . Alahai .. nak window shopping je pun .

Chatz Besserie & Si Chuan Dou Hua

Chatz Besserie terletak di tingkat bawah hotel . kengkawan Sal yang pernah jejak kat sana ada bagitau gak jangan terkejut bila tengok makanan . Sebab nya banyak giler ! Sure ternganga dan akan rambang mata . Pelbagai jenis kek yang super-duper sedap. Cuisine yang dihidangkan pun macam-macam .. sate , dimsum , sushi , indian food , grill , dan macam-macam lagi. Dah boleh dok bayang dah Sal berapa kali ‘ akan duk bangun … duk bangun je nanti ’ Lantak la , bila lagi kan ! Istilah malu tolak tepi dulu bila tengok pilihan makanan yang pelbagai . Hahaha .. ce tengok gambar bawah ni … sedap tak ?? ni baru sikit ya .. takmo letak banyak nanti tak surprise beb !

Buffet dinner start dari pukul 6.30 malam hingga 10.30 malam. Sebenarnya,  Chatz Besserie dibuka juga untuk breakfast (6.30 pagi hingga 10.30 pagi) dan Weekday Buffet Lunch ( 12 tengahari hingga 2.30 petang).

Untuk pengetahuan korang , kat hotel ni ada restoren lain gak iaitu Si Chuan Dou Hua. Dari nama pun dah boleh agak makanan apa kan … antara signature dishes yang ada  .. Eight Treasure Seafood Soup , Fried Butter Prawns , Sliced Beef In Sichuan Pepper Sauce .. dan banyak lagi . Bagi penggemar  ‘ Chinese food ’  mesti suka kan ! Waktu operasi bagi lunch hour dari pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang ,  manakala dinner hour dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Meh kita jamu sikit mata tu dengan hidangan makanan yang disediakan …

Selain tu kan , terdapat juga tempat lepak yang lebih dikenali sebagai Hot Gossip. Di sini korang boleh nikmati pastries , cakes , salads , sandwiches , beverages dan ice cream. Walla ! Banyak betul pilihan . Tempat ni sangat sesuai tuk update blog ! opss .. kata blogger kan , kot mana pun memang takleh nak berpisah dengan wireless web access .. tak pun tempat korang nak catching up dengan kawan-kawan. Memang santai !!

Last but not least , pada yang rajin nak ‘ berendam ’ .. apa kata kita lepak kat swimming pool. Puas berendam , pergi lepak pulak kat kerusi tepi pool tu . Acah acah ‘ Mat Salleh ’ kan ! Lepas mandi , sure lapar . Kita cari makan kat pool bar . Banyak je pilihan light bite seperti fries .. wedges, spring rolls, fish finger, fried chicken . Sape kata ROYALPARK Kuala Lumpur tak best ?? Silap sangat .


So .. jika korang tercari-cari tempat bercuti tapi malas nak keluar dari kl. Haa!!! Seriously , PARKROYAL la jawapannya . Pendek kata semuanya ada. Menginap di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel memang best dan berbaloi rasanya . Moga plan Sal nak bercuti disini tercapai . Aaamiin

Sedikit sebanyak tentang PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur  sudah Sal kongsikan . Nak tahu lebih detail , boleh singgah web rasmi PARKROYAL Hotel ya . Confirm tak menyesal !!