| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Salam Maal Hijrah 1439 . Moga untuk tahun baru ini , kita dapat tekadkan keazaman agar perjalanan kehidupan kita menjadi lebih baik dan bermakna daripada sebelumnya . Inshaa Allah . Korang buat ape je cuti panjang ni ? Sal tak kemana pun . Rutin macam biasa , layan anak anak .. masak .. lepaking kat rumah . Sambil rehatkan diri . Dalam pada dok rehat pun dapat gak panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali . Geram betul bila ada nombor yang pelik call . Ajaib !! adakah ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ??

Kenapa la ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ??

Nama pun ‘ scammer ‘ .. sampai terlintas di fikiran , jangan jangan ‘ orang dalam ‘ jugak yang sebarkan no telefon kita pada ‘ mereka yang berkepentingan ‘ Dan baru ni jugak Sal ada terbaca Siaran Media dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM . Nah , jelas membuktikan kegiatan Macau Scam atau Penipuan Melalui Telefon kembali aktif !!

Sila prihatin ya korang . Jangan sampai pihak yang tak sepatutnya tahu mengenai info sulit korang macam pengenalan diri ke .. no kad pengenalan atau soalan/jawapan kerahsiaan yang digunakan sewaktu menggunakan internet banking .

Sangat bahaya wooo . Pelbagai cara digunakan dalam pada kita sedar atau tak .. kita telah terpedaya . Scammer ni bijak dan sangat bergeliga otaknya . So berhati hati ya dan seandainya timbul keraguan , sila laporkan terus pada pihak berkuasa . Sesuka hati betul , kadang kita ni banyak lagi keja lain nak dikejar selain dari asyik nak angkat call je . Bila tak diangkat , buatnya ada kes kecemasan lagi la rasa serba salah .

Disini Sal sertakan Siaran Media tu ya . Sila baca dan hadamkan sampai abis . Jangan sampai korang terjerat  !!

'Scam Macau' Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif

hati-hati ye korang dengan 'Scam Macau' Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ..

 'Scam Macau' Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ..
hati-hati ye korang dengan ‘Scam Macau’ Penipuan Melalui Telefon Kembali Aktif ..